Kek Durian Dengan Rasa Yang Amazing

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang dah minum petang ke belum? Hari ni saya nak kongsikan resepi kek durian yang sesuai di jadikan hidangan untuk minum petang. Kalau waktu dahulu nak makan durian memang kena tunggu musim durian baru boleh kita dapat duriankan. Tapi sekarang kalau bukan musim durian pun ada juga saya nampak orang yang menjual durian di gerai di tepi-tepi jalan dan di pasar-pasar malam. Cuma duriannya tidak banyak dan harganya pun agak mahal berbanding jika ada musim durian. Jadi takde masalah la kalau tiba-tiba kita teringin nak makan duriankan. Hehe.

Berbalik kepada resepi kek durian tadi, kepada penggemar durian di luar sana resepi kek ni antara resepi yang wajib dicuba kerana rasa kek ni sangat sedap, lembut serta lembab. Kalau makan tu memang tak cukup sepotong la, sebab saya memang penggemar durian. Hehehe.

Resepi kek durian yang saya kongsikan ni sangat senang dan mudah untuk dibuat. Jika tak ada tepung kek, boleh guna tepung gandum yang dicampur dengan baking powder dan juga soda bikarbonat. Ataupun boleh juga membuat tepung penaik sendiri. Pastikan durian yang digunakan adalah durian yang sedap dan berkualiti untuk menghasilkan rasa kek yang lebih sedap. Dalam resepi ni  saya menggunakan durian D24. Terdapat pelbagai lagi resepi yang berasaskan durian yang pernah saya kongsikan sebelum ini seperti aiskrim durian, durian goreng, serawa dan macam-macam lagi. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video kek durian kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru yang memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kek durian:

  • 1 Cawan @ 220 gram Durian
  • 1/4 Cawan @ 62.5 ml Susu Segar
  • 3/4 Cawan @ 150 gram Gula
  • 2 Biji Telur (A)
  • 1 Sudu Besar Ovalet
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • 2 Cawan @ 250 gram Tepung Naik Sendiri
  • 1/2 Cawan @ 120 ml Minyak Jagung
  • Badam Cincang Untuk Hiasan

Cara-cara untuk membuat kek durian:

  1. Kisar isi durian bersama susu segar sehingga halus. Ketepikan.
  2. Dalam mangkuk pukul gula, telur dan ovalet sehingga kembang dan gebu.
  3. Masukkan isi durian yang dikisar tadi serta esen vanila. Pukul lagi hingga semuanya sebati.
  4. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sehingga habis sambil terus pukul adunan.
  5. Masukkan minyak jagung dan pukul hingga rata sekata.
  6. Sediakan loyang yang bersaiz 7@8 inci (saya gunakan loyang yang bersaiz 10×6 inci) atau yang bersesuaian yang telah disapu dengan sedikit marjerin atau di lapik dengan baking paper.
  7. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan hiaskan dengan taburan badam cincang.
  8. Bakar pada suhu 175ºC / 347ºF selama 40-50 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing.
  9. Pastikan oven di panaskan selama 10 minit terlebih dahulu sebelum membakar adunan.

kek durian
kek durian
kek durian

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top