November 29, 2020

Nasi Goreng Kerabu Sedap Teramat Dengan Aroma Ulam-ulaman

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya kongsikan resepi nasi goreng kerabu yang sedap teramat sangat. Nasi goreng kerabu ni kalau cukup segala jenis bahan dan banyak ulam-ulaman yang kita letak, lagi sedap rasanya. Aroma dari daun serta ulam-ulaman memang membangkitkan lagi selera ketika menikmati nasi goreng kerabu ni. Sayur-sayuran dan ulam-ulaman dalam resepi ni ditaja oleh FAMA. Banyak juga FAMA bagi pada team buat orang lapo, termasuklah buah-buahan dan produk industri asas tani yang lain. Ribuan terima kasih kami ucapkan kepada FAMA.

Tengok video ini untuk cara mudah menghasilkan Nasi Goreng Kerabu

Berbalik kepada cerita nasi goreng kerabu tadi, saya memang penggemar nasi goreng kerabu ni. Kalau pergi ke kedai masakan Thailand selalu juga saya order nasi goreng kerabu, ada yang sedap dan ada juga yang kurang sedap sebab biasanya tak cukup bahan serta ulam-ulamannya. Jadi, kalau nak puas hati memang kena buat sendiri lakan.. Hehehe. Actually, ada pelbagai cara dan resepi untuk membuat nasi goreng kerabu ni. Ianya bergantung kepada berapa jenis dan berapa banyak ulam-ulaman yang korang letak dalam nasi goreng tu. Lagi banyak ulamnya lagi sedap la nasi goreng kerabu tu nanti. Hehehe.. Dalam resepi ni saya gunakan udang dan sotong sebagai lauknya. Udang dan sotong boleh digantikan atau ditambah dengan ayam atau daging. Ataupun boleh juga gunakan ikan masin yang digoreng. Bagi yang suka pedas boleh tambahkan cili padi semasa menumis bahan-bahan ataupun boleh tambahkan hirisan cili padi semasa menggoreng nasi goreng kerabu ni.

Tak perlu sukatan yang tepat untuk bahan-bahan nasi goreng kerabu ni. Boleh letak seberapa banyak yang kita suka. Boleh juga tambah ulaman dan sayur-sayuran yang lain seperti taugeh, timun, daun limau purut dan sebagainya mengikut selera dan kesukaan masing-masing. Paling penting perlu ada serai dan juga bunga kantan yang di hiris halus yang akan menambahkan lagi aroma dalam nasi goreng kerabu ni. Ini akan menjadikan nasi goreng kerabu lebih sedap. Jadi, apa tunggu lagi, korang mesti cuba resepi ni tau.. Selamat mencuba!.

Kat atas ni saya ada sediakan video cara memasak resepi nasi goreng kerabu ni, apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas supaya lebih senang nak faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow, like dan comment Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Nasi Goreng Kerabu:

  • 1 Biji Bawang Besar (ditumbuk)
  • 2 Ulas Bawang Putih (ditumbuk)
  • 5-7 Tangkai Cili Padi (ditumbuk)
  • Sedikit Minyak Masak
  • 10-13 Ekor Udang
  • 2-3 Ekor Sotong
  • 2 Cawan Nasi (sejuk)
  • Sedikit Garam
  • Kacang Panjang (dihiris)
  • Kacang Botol (dihiris)
  • Daun Kesum (dihiris halus)
  • Serai (dihiris halus)
  • Bunga Kantan (dihiris halus)

Cara-Cara Untuk Membuat Nasi Goreng Kerabu:

  1. Panaskan kuali dan letak sedikit minyak.
  2. Masukkan bahan yang ditumbuk iaitu bawang besar, bawang putih dan cili padi. Bahan-bahan ni boleh juga dikisar. Tumis sehingga naik bau dan sedikit garing.
  3. Masukkan udang dan sotong. Kacau dan biarkan separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan nasi dan garam. Boleh juga tambah apa-apa bahan perisa yang lain jika suka. Kacau rata.
  5. Masukkan pula kacang panjang, kacang botol, daun kesum, serai dan bunga kantan. Kacau rata sehingga sebati kesemuanya. Siap! Sedia untuk dihidangkan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: