Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Apa khabar? Hari ni saya nak kongsikan satu resepi yang sangat sedap iaitu bingka susu yang garing di luar dan lembut didalam serta rasanya yang lemak berkrim di sukai ramai. Hehe.
Resepi bingka susu ni agak popular juga sejak dua menjak ni. Pada yang tak pernah rasa bingka susu ni, rasanya lemak manis. Kemanisannya boleh disesuaikan mengikut selera masing-masing. Jika ingin lebih manis boleh lebihkan susunya. Bila dibakar bau bingka ini sangat harum menusuk kalbu. Hehe. Ada beberapa jenis bingka yang pernah saya kongsikan sebelum ni. Antaranya bingka roti, bingka ubi dan lain-lain.
Masa untuk membakar bingka ini pula bergantung pada kesukaan masing-masing. Kalau nak dapatkan bingka yang garing, boleh tambah lagi masa untuk membakar sebab bingka ni lagi garing permukaannya, lagi sedap rasanya. Saya memang suka bingka yang garing dipermukaannya. Bingka ni juga sesuai di makan semasa sejuk dan boleh dijadikan sebagai hidangan minum pagi ataupun petang.
Eh, tapi sebelum korang cuba buat bingka susu ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan bingka susu:
- 1 Cawan Tepung Gandum
- 1 Cawan @ 250ml Susu Cair
- 2 Sudu Besar @ 20 gram Gula
- 2 Biji telur (Gred B)
- 1/2 Cawan @ 150 gram Susu Pekat Manis
- 2 Cawan @ 500ml Air
- 6 Sudu Besar @ 90 gram Marjerin
- 6 Sudu Besar @ 50 gram Tepung Kastard
- 1/2 sudu kecil Garam
- 1/2 sudu kecil Esen Vanila
- Bijan
- Bijan Hitam
Cara-cara untuk membuat bingka susu:
- Masukkan tepung gandum, susu cair, gula, telur dan susu pekat ke dalam mangkuk. Pukul atau kacau kesemua bahan sehingga sebati. Ketepikan.
- Dalam kuali masukkan air, marjerin, tepung kastard, garam dan esen vanila. Kacau sehingga tepung kastard larut (jangan buka api dahulu).
- Buka api dan masak sehingga adunan agak likat. Gunakan api yang kecil dan sentiasa kacau supaya adunan tidak berketul.
- Kemudian, masukkan adunan tepung gandum yang mula-mula tadi dan kacau lagi sehingga sebati dan likat. Angkat.
- Sediakan loyang atau bekas yang sesuai yang telah disapu dengan merjerin.
- Tuang adunan tadi, semasa masih panas dan hiaskan dengan bijan.
- Bakar pada suhu 180ºc / 356ºf selama 40 minit atau sehingga garing mengikut oven masing-masing. Pastikan oven dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit.
Nota:
- Untuk mendapatkan potongan bingka yang cantik dan licin, pastikan bingka betul-betul sejuk sebelum di potong.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo