September 23, 2020

Poket Chicken Pot Pie Sedap Dan Rangup Menggunakan Puff Pastri

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan salah satu lagi resepi yang mudah dan senang menggunakan puff pastri iaitu poket chicken pot pie. Untuk resepi kali ni saya hanya tunjukkan cara untuk menggunakan puff pastri dengan lebihan inti ayam yang saya buat dalam resepi chicken pot pie sebelum ni. Saya gunakan inti yang sama, namun gantikan keraknya dengan menggunakan puff pastri supaya lebih mudah kerana puff pastri ni tak payah susah-susah nak buat, hanya perlu beli sahaja yang readymade di bakeri atau di mana-mana pasaraya di bahagian sejuk beku. Hehe. Dengan menggunakan puff pastri ni juga lebih mudah dan cepat sebagai pilihan kepada ibu-ibu yang mungkin sibuk bekerja namun nak sediakan makanan yang terbaik untuk keluarga atau untuk dijadikan bekal anak-anak ke sekolah.

Saya menggunakan puff pastri yang bersaiz besar dan dipotong kepada 4 bahagian. Korang boleh juga gunakan puff pastri yang bersaiz kecil dan tak perlu dipotong untuk menghasilkan poket chicken pot pie yang sedap dan rangup. Pastikan korang tekan dengan kemas di sekeliling puff pastri supaya ianya tidak terbuka semasa dibakar dan mengelakkan intinya terkeluar. Bagi yang tidak menggemari inti ayam, korang boleh gantikan dengan daging. Tapi daging perlulah di rebus dahulu sehingga empuk supaya tidak liat bila nak makan nanti atau korang juga boleh gunakan daging kisar. Keju parmesan boleh digantikan dengan keju lain seperti cheddar atau sebagainya ikut citarasa dan selera masing-masing. Jika tiada herba itali, boleh gantikan dengan daun parsli atau oregano. Bagi yang inginkan rasa pedas, boleh taburkan sedikit serbuk cili di atas puff pastri.

Poket chicken pot pie ni memang sedap di makan semasa panas. Ianya sangat rangup dengan inti ayam yang sangat sedap. Selain, poket chicken pot pie ni, saya juga pernah kongsikan beberapa jenis resepi yang menggunakan puff pastri seperti parmesan cheese stick, karipap, tat telur portugis dan macam-macam lagi. So, korang boleh cuba buat resepi poket chicken pot pie ni yea. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Poket Chicken Pot Pie:

  • Kulit Puff Pastri
  • Air
  • Mentega Cair
  • Keju Parmesan
  • Serbuk Bawang Putih
  • Herba Itali

Cara-Cara Untuk Membuat Poket Chicken Pot Pie:

  1. Ambil sekeping puff pastri, canaikan sedikit. Pastikan letak sedikit tepung di atas papan pencanai supaya puff pastri tidak melekat.
  2. Potong puff pastri kepada 4 bahagian.
  3. Letakkan inti ayam di atasnya dan sapu air disekelilingnya danq lipat dua.
  4. Tekan di bahagian tepi sekeling puff pastri dengan garfu.
  5. Sapukan mentega cair dan taburkan keju parmesan, serbuk bawang putih dan herba itali di atasnya.
  6. Letakkan di atas dulang pembakar yang di lapik kertas pambakar atau boleh juga dioleskan dengan mentega.
  7. Bakar pada suhu 200°C selama 15 minit atau sehingga keperangan. Siap untuk dihidangkan!
Poket Chicken Pot Pie
Poket Chicken Pot Pie
Poket Chicken Pot Pie

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: