September 19, 2020

Ayam Kapitan Resepi Baba Nyonya Dengan Aroma Yang Membangkit Selera

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak pergi ke rumah adik saya kerana emak saya baru datang dari kampung. Jadi kami adik-beradik ingin berkumpul bersama-sama. Masing-masing kena bawa makanan sendiri atau ‘potluck’. Maklum la, kami adik-beradik ramai tambah lagi dengan anak-anak jadi kena la bawak ‘potluck’ baru meriah nak makan. Hehehe. So, saya decide nak buat resepi baba nyonya iaitu ayam kapitan untuk di bawa ke rumah adik saya.

Resepi ayam kapitan ni lebih kurang macam rendang tapi ianya tidak menggunakan kerisik. Ayamnya saya goreng terlebih dahulu untuk membangkitkan lagi aromanya. Kalau tak nak goreng, boleh masukkan ayam terus semasa menumis bahan kisar. Banyak bahan yang digunakan dalam resepi ni. Setiap satunya memberi rasa dan aroma yang berbeza. Jadi kalau boleh jangan tertinggal mana-mana bahan untuk mendapatkan hasil yang sedap.

Dalam resepi ayam kapitan ni saya menggunakan santan jenama S&P. Santan S&P ni ada dua jenis berbentuk serbuk di dalam peket dan cecair di dalam kotak. Saya memilih untuk menggunakan santan cecair di dalam kotak untuk resepi ayam kapitan ni. Rasa santan ini sedap, berlemak serta lebih pekat. Dengan adanya santan S&P ini memudahkan lagi kerja memasak di dapur kerana saya tidak perlu lagi untuk memerah kelapa untuk mendapatkan santan. Saya hanya perlu buka penutupnya sahaja dan tuang terus santan ke dalam masakan dan tutup semula jika tidak mahu menggunakannya lagi dan simpan sahaja dalam peti. Kotaknya juga sangat mesra pengguna. Mudah bukan? Hehehe. Jadi korang juga boleh cuba santan ni okay.

Ayam kapitan ni sesuai di makan dengan nasi putih, nasi minyak, roti atau sebagainya. Rasa dan aroma dari bahan-bahan rempah yang digunakan dalam resepi ini membangkitkan selera dan membuatkan ayam kapitan ini lain dari yang lain. Korang boleh cuba resepi ni untuk rasai sendiri kelainan resepi baba dan nyonya ini. Ada pelbagai lagi resepi ayam yang sedap-sedap pernah saya kongsikan sebelum ni seperti rendang ayam resepi mak saya, ungkep ayam resepi yang saya belajar daripada mak mertua, ayam pongteh yang juga resepi baba dan nyonya dan pelbagai resepi yang lain. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat ayam kapitan ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan ayam kapitan:

Bahan untuk ayam:

  • 6 Ketul Ayam
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Bahan kisar:

  • 1 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 5 tangkai Cili Kering (Rendam atau rebus dengan air panas)
  • 1 tangkai Cili Merah
  • 2 Batang Serai
  • 2 Biji Buah Keras
  • 1/2 Inci Halia
  • 1/2 Inci Kunyit
  • 1 helai Daun Limau Purut
  • 1/2 Inci Belacan
  • 1 Inci Lengkuas

Bahan lain:

  • 100 ml Santan
  • 1/2 Biji Tomato (Dicincang)
  • 2 Helai Daun Limau Purut
  • Gula Melaka/Gula Kabung
  • Garam
  • Air Asam Jawa

Cara-cara untuk membuat ayam kapitan.

  1. Gaul ayam bersama garam dan kunyit sehingga rata. Perap selama 30 minit.
  2. Goreng ayam separuh masak dan ketepikan.
  3. Tumis bahan-bahan kisar sehingga garing.
  4. Masukkan ayam yang digoreng tadi dan kacau rata.
  5. Tambahkan santan, tomato dan daun limau purut. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan gula melaka, garam dan air asam jawa secukup rasa. Kacau sehingga semuanya sebati. Tutup api dan angkat. Siap untuk dihidangkan.

ayam kapitan
ayam kapitan
ayam kapitan
ayam kapitan

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: