Kek Karamel Coklat Kukus Sedap Dan Mengancam

Assalamualaikum. Hi semua. Apa khabar? Kali ini saya nak sharekan dengan korang satu lagi resepi kek iaitu kek karamel coklat kukus. Kek ni pernah popular suatu ketika dahulu dan menjadi sebutan di kalangan peminat-peminat kek dan juga bakers. Gabungan kek coklat moist dengan karamel ni memang sangat ngam! Lebih-lebih lagi ketika makan semasa sejuk-sejuk. Ermmmm.. memang terasa nikmatnya hingga tak terkata! Haha..

Kalau makan kek karamel coklat kukus ni memang tak cukup sepotong. Rasa puding karamel di bahagian atasnya yang lembut dan kek coklat kukus yang moist menjadikan kek ni sangat sedap. Kalau nak beli kat luar memang agak mahal kek ni, jadi saya sarankan korang buat sendiri kek ni sebab boleh makan banyak-banyak dan lebih jimat okay! Hehehe.. Selain kek karamel coklat kukus ni, ada beberapa lagi resepi kek coklat lain yang pernah saya kongsikan sebelum ini, antaranya ialah kek coklat moist tanpa telur untuk sesiapa yang alergik telur, kek hantu yang pernah menjadi viral, molten chocolate cake dengan topping coklat leleh melimpah ruah dan macam-macam lagi.

Cara untuk membuat kek karamel coklat kukus ni agak rumit sedikit kerana ada tiga step. Namun, hasilnya sangat berbaloi dan pastikan korang ikut semua step yang betul untuk mendapatkan hasil kek yang elok dan sedap. Untuk membuat karamelnya, lebih senang jika gula dicairkan terus di dalam loyang supaya lebih sekata. Susu segar untuk membuat puding pula hanya perlu dipanaskan sebentar sahaja sehingga gula larut. Susu segar boleh gantikan dengan susu cair jika tiada. Tak perlu pukul adunan puding terlalu lama untuk mengelakkan puding berbuih dan berlubang selepas dikukus. Saya gunakan telur gred A untuk adunan puding ni dan pastikan guna telur yang baru dan segar untuk mendapatkan hasil yang terbaik. Jika korang nak bahagian puding karamel lebih tebal gandakan sahaja adunannya.

Resepi kek coklat moist yang pasti menjadi

Adunan kek coklat moist ni pula adalah resepi kek coklat yang saya gunakan dalam resepi sebelum ini. Korang boleh tengok resepinya di sini. Untuk mendapatkan hasil kek coklat yang lembab pastikan guna air yang betul-betul panas semasa membancuh adunan untuk kek. So, pada penggemar resepi kek karamel coklat kukus, ini adalah antara resepi yang wajib korang dicuba. Korang pasti tak akan menyesal bila dan buat dan rasai sendiri keenakkan serta kelembutannya.. Kalau tak percaya cubalah! Hehe..

Facebook, Youtube dan Instagram

Tapi sebelum korang cuba buat kek karamel coklat kukus ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan juga step untuk membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan korang boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Kek Karamel Coklat Kukus:

Bahan Untuk Karamel Dan Puding

  • 3 Sudu Besar Gula
  • 400ml Susu Segar
  • 1/2 Cawan Gula
  • 3 Biji Telur
  • 1 Biji Kuning Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila

Bahan Untuk Kek Coklat Kukus

  • 3/4 Cawan Gula
  • 3 Biji Telur
  • 1/2 Sudu Kecil Garam
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 1 Cawan Minyak
  • 1/2 Cawan Susu Pekat Manis
  • 1 1/4 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Cawan Serbuk Koko
  • 1 Cawan Air Panas

Cara-Cara Untuk Membuat Kek Karamel Coklat Kukus:

  1. Mula-mula sediakan karamelnya, masukkan gula ke dalam periuk (saya guna periuk non-stick). Kacau sedikit dan tunggu sehingga gula menjadi perang.
  2. Bila gula menjadi perang, kacau sekejap dan alihkan segera daripada api (untuk elak gula jadi hangus dan pahit).
  3. Tuangkan segera ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian dan ratakan. Kena buat cepat-cepat kerana gula ini mudah mengeras. Ketepikan dahulu.
  4. Langkah seterusnya, sediakan pudingnya. Panaskan susu segar dan gula di dalam periuk sehingga gula larut sahaja. Tak perlu sampai mendidih. Angkat dan sejukkan sebentar.
  5. Masukkan telur, kuning telur dan esen vanila ke dalam mangkuk dan pukul perlahan sahaja. Tak perlu pukul sampai kembang.
  6. Kemudian, masukkan susu segar yang dipanaskan tadi dan kacau sebati.
  7. Tapis dan tuangkan adunan ke dalam loyang karamel tadi.
  8. Kukus selama 20 minit. Pastikan air kukusan telah mendidih.
  9. Sementara itu sediakan kek coklatnya. Pukul telur dan gula sehingga kembang menggunakan mixer.
  10. Masukkan garam, soda bikarbonat, esen vanila, minyak masak serta susu pekat manis. Pukul sehingga adunan sebati.
  11. Selepas itu, masukkan pula tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak. Pukul lagi sehingga semuanya sebati.
  12. Akhir sekali, masukkan air panas. Kacau dengan spatula sahaja sehingga semua adunan rata dan sebati.
  13. Tuang adunan kek ke dalam loyang yang berisi puding karamel tadi.
  14. Kukus selama 40 minit atau sehingga masak. Pastikan air kukusan mendidih dahulu sebelum masukkan adunan kek.
  15. Selepas masak, sejukkan dahulu kemudian barulah diterbalikkan dan dihidangkan. Siap!
Kek Karamel Coklat Kukus
Kek Karamel Coklat Kukus
Kek Karamel Coklat Kukus

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo