Bubur Barli Dengan Nangka Juadah Minum Petang

Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Time hujan petang-petang ni seronok kalau ada hidangan yang panas untuk dimakan sebagai juadah minum petangkan. So, saya bercadang nak buat bubur barli dan nangka petang ni. Barli selain boleh di buat air, ianya sedap juga jika di buat bubur. Kebetulan pula ada nangka yang jiran bagi semalam. Anak-anak saya dah makan beberapa ulas, selebihnya saya campurkan sahaja dalam bubur barli ni. Sebenarnya sebelum ni saya tak pernah tahu yang barli boleh dibuat bubur. Saya dapat tahu pun daripada kawan baik saya, dia kata barli ni memang sedap jika dibuat bubur. Bila saya dah cuba buat bubur barli ni, ternyata memang ianya sedap sangat, sampai suami dan anak-anak saya pun suka makan bubur barli ni. So, hari ni saya nak kongsikan dengan korang semua resepi bubur barli dengan nangka yang sedap tu. Hehe..

Bahan utama yang diperlukan sudah tentulah barli. Barli perlu direndam dan direbus sehingga kembang dan airnya kering. Tapi hari-hati yea, jangan rebus sampai hangit pulak! Kalau dah hangit memang tak sedap la bubur korang nanti. Haha.. So, rebus barli menggunakan api yang perlahan supaya barli tidak mudah hangit. Dalam resepi ni saya menggunakan santan segar supaya bubur lebih sedap. Boleh juga jika gunakan santan kotak namun rasanya kurang sedap berbanding jika gunakan santan segar.

Saya gunakan gula putih biasa dalam resepi ni kerana ianya lebih sesuai untuk bubur barli, gula ni terpulang kepada tahap kemanisan yang korang suka boleh tambah jika ingin lebih manis. Nangka pula adalah pilihan, tidak perlu letak jika tiada. Bubur barli tetap sedap jika tiada nangka tu. So, korang jangan risau kalau takde nangka yea. Hehe.. Fungsi sagu pula adalah untuk memekatkan kuah, saya letakkan sedikit sagu kerana lebih suka kuahnya pekat sedikit. Kalau korang nak tahu keenakkan rasa bubur barli dengan nangka ni, boleh la cuba resepi ni. Selamat mencuba, jumpa lagi di entri yang lain okay!

Sambil korang tengok dan baca resepi bubur barli dan nangka ni, apa kata korang subscribe dulu YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Bubur Barli Dengan Nangka:

  • 1/2 Cawan Barli (dibasuh dan direndam selama 30 minit)
  • Air Secukupnya
  • 3 Cawan Santan
  • 1 Helai Daun Pandan
  • 1 Cawan Gula
  • 2 Ulas Nangka
  • 1 Sudu Besar Sagu (direndam selama 10 minit)
  • 1/4 Sudu Kecil Garam

Cara-Cara Untuk Membuat Bubur Barli Dengan Nangka:

  1. Rebus barli yang telah dibasuh dan direndam sehingga barli betul-betul kembang. Boleh tambah air jika barli belum kembang.
  2. Setelah barli kembang dan airnya kering, masukkan santan dan daun pandan. Kacau rata.
  3. Masukkan gula dan kacau sebati sehingga gula hancur.
  4. Kemudian masukkan nangka dan sagu. Kacau lagi sehingga mendidih dan sagu masak. Pastikan bubur sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak.
  5. Akhir sekali, masukkan garam dan kacau sebentar. Siap! Sedia untuk di makan.
Bubur Barli Dengan Nangka
Bubur Barli Dengan Nangka
Bubur Barli Dengan Nangka

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo