Sambal Ikan Bilis Cili Padi Garing Serta Tips Ikan Bilis Kekal Garing

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah dan ringkas iaitu sambal ikan bilis cili padi garing. Sambal ikan bilis cili padi ni memang sedap dan menyelerakan. Kalau di masak dengan cara yang betul, sambal ni boleh disimpan di dalam bekas kedap udara dan tahan lama. Pendek kata, boleh la buat stok kat rumah tu. Bagi saya kalau tiba-tiba stok lauk kat rumah dah habis untuk di masak, sambal ikan bilis cili padi ni lah penyelamatnya. Hehe. Makan dengan nasi panas dan kicap pun dah cukup sedap dah. Sampai boleh bertambah-tambah la makan nasi penangan ikan bilis cili padi garing ni. Haha!

Sambal Ikan Bilis

Bahan-bahan nak buat sambal ikan bilis cili padi ni mudah dan tak banyak pun. Cuma perlukan bawang merah, bawang putih, cili padi dan sedikit air limau kasturi. Tahap kepedasan sambal ni boleh di sesuaikan mengikut selera korang sendiri. Kalau nak pedas boleh tambahkan cili padinya. Ikan bilis pula perlulah di goreng sehingga garing dengan menggunakan api yang kecil. Jangan sampai hangus pula yea, sebab kalau hangus, ikan bilis akan rasa pahit dan sambal ni tak sedap nanti.

Tips untuk ikan bilis ni kekal garing dan rangup ialah sambal yang telah masak perlulah di sejukkan terlebih dahulu sebelum digaul dan dicampur dengan ikan bilis yang telah di goreng. Dengan cara ini ikan bilis akan kekal rangup dan sedap untuk dimakan. Sambal ikan bilis cili padi ini sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi lemak. Okay, pada sesiapa yang suka makan sambal ikan bilis cili padi ni wajib cuba resepi ni yea.

Antara makanan yang menjadi favorite kami makan dengan sambal ni ialah bubur nasi ayam ala mcd dan nasi goreng kampung. Selain tu, sambal ni jugak sedap dimakan bersama nasi putih dan sup kosong.

Saya ada sediakan video kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru yang mudah, sedap dan memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Sambal Ikan Bilis Cili Padi Garing:

  • 2 biji Bawang Merah
  • 2 ulas Bawang putih
  • 5-6 tangkai Cili Padi
  • 1 cawan Ikan Bilis
  • Garam
  • Air Limau Kasturi

Cara-Cara Untuk Membuat Sambal Ikan Bilis Cili Padi Garing:

  1. Tumbuk bawang besar, bawang putih dan cili padi sehingga lumat. Kalau nak guna pengisar pun boleh juga. Ketepikan dahulu.
  2. Panaskan minyak, goreng ikan bilis yang telah dibersih dan ditoskan sehingga garing menggunakan api yang kecil. Pastikan kacau sekali sekala supaya ikan bilis garing sekata. Angkat dan ketepikan.
  3. Dengan menggunakan minyak lebihan gorengan ikan bilis tadi, tumis bahan yang telah ditumbuk sehingga garing.
  4. Tumis bahan ini sehingga betul-betul garing menggunakan api yang kecil supaya bahan ini boleh masak lebih lama. Jika bahan ini cukup masak, ianya akan tahan lebih lama dan rasanya akan lebih sedap.
  5. Kemudian, masukkan garam dan air limau kasturi secukup rasa. Kacau rata.
  6. Jika rasa sambal ini dah ok dan sedap, tutup api dan biarkan sambal betul-betul sejuk sebelum masukkan ikan bilis. Ini untuk memastikan ikan bilis kekal rangup.
  7. Setelah sambal sejuk, gaulkan dengan ikan bilis yang telah digoreng tadi sehingga rata semuanya. Sedia untuk dihidangkan!
sambal ikan bilis

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo