Chocolate Truffle Mudah Dan Kaya Dengan Coklat!

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Hari ni saya nak shere satu resepi yang simple dan mudah iaitu chocolate truffle atau ada juga yang memanggilnya bebola coklat. Actually, dah lama teringin nak cuba resepi chocolate truffle ini. Ramai yang cakap sedap sangat. Tu yang saya tertarik hati saya nak mencubanya. Cara penyediaannya juga amat mudah tak perlukan mixer, oven atau sebarang perkakas khas. Insha Allah, semua orang boleh membuatnya. Hehe. Yang pastinya anak-anak memang sangat teruja bila saya buat chocolate truffle ni. Maklum la ianya penuh dan kaya dengan rasa coklatkan, jadi memang favourite anak-anak la.. ehehe..

Sebelum membuat chocolate truffle ini, agak banyak juga saya membaca resepi daripada laman-laman web serta blog yang lain. Rata-rata resepi yang saya baca dan tengok menggunakan kaedah yang lebih kurang sama dan tidak banyak perbezaannya. Jadi, di sini saya gunakan cara yang paling simple serta bahan-bahan yang senang saya dapati di bakery atau di pasaraya. Dalam resepi ni saya campurkan 2 jenis coklat iaitu coklat susu dan coklat gelap. Boleh juga gunakan pelbagai jenis coklat kegemaran masing-masing.

Esen vanila pula boleh digantikan dengan pelbagai perisa atau flavor yang lain untuk dapatkan chocolate truffle yang berperisa. Salutan diluarnya juga boleh dipelbagaikan dengan menggunakan serbuk oreo, horlicks, milo, walnut, pecan dan lain-lain mengikut selera dan citarasa masing-masing. Saya letak sedikit garam untuk menguatkan lagi rasa coklat dalam resepi ni. Peminat coklat wajib cuba resepi chocolate truffle ni tau. Bila dah cuba barulah tahu keenakkan serta kelazatan rasa chocolate truffle ni nanti. Sekian dulu untuk kali ni, kita jumpa lagi di blog akan datang!

Tapi sebelum korang cuba buat chocolate truffle ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara untuk membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan korang boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Chocolate Truffle:

  • 150 gram coklat susu
  • 200 gram coklat gelap
  • 200 mililiter krim putar tenusu
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 1/2 sudu kecil garam

Cara-Cara Untuk Membuat Chocolate Truffle:

  1. Potong coklat susu dan coklat gelap kepada kepingan kecil supaya mudah untuk dicairkan. Lebih senang jika gunakan coklat coin atau coklat compound kerana tidak perlu dipotong. Masukkan ke dalam mangkuk dan ketepikan dahulu.
  2. Masukkan krim putar tenusu ke dalam periuk, esen vanila serta garam, kacau dan panaskan sehingga berbuih kecil sahaja tak perlu sampai mendidih.
  3. Tuang krim putar ke dalam coklat tadi tunggu 2 minit dan kacau sehingga semuanya sebati.
  4. Masukkan adunan coklat ke dalam loyang atau bekas yang bersesuaian, ratakan dan sejukkan di dalam peti ais selama 1 jam.
  5. Seteleh sejuk, scoop menggunakan sudu dan bentukkan menjadi bulat seperti bebola. Buat sehingga habis.
  6. Akhir sekali, salutkan dengan coklat urai, kekacang atau apa-apa hiasan yang disukai sehingga penuh sekelilingnya. Siap! Sedia untuk dinikmati.
Chocolate Truffle
Chocolate Truffle
Chocolate Truffle

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Leave a Reply