January 17, 2021

Shortbread Cookies 3 Bahan Mudah Dan Cair Dimulut

Assalamualaikum. Hi semua. Apa khabar? Dalam entri hari ni saya nak kongsikan resepi biskut dengan hanya menggunakan hanya 3 bahan yang mudah, tapi hasil sangat sedap iaitu shortbread cookies. Biskut ni adalah antara resepi biskut yang mudah disediakan dan memang sesuai bagi sesiapa yang baru nak belajar baking.. Kalau para ibu nak buat dengan anak-anak untuk isi masa lapang pun boleh juga. Takde la anak-anak asyik tengok tv atau main handphone je kan.. maklum la zaman sekarang ni handphone tu dah jadi satu kemestian, jangan sampai anak-anak kita terlalu leka yea, kena pantau juga anak-anak kita. Sesekali boleh sediakan aktiviti yang menarik untuk anak-anak antaranya memasak la. Jadi biskut shortbread ni memang sesuai untuk korang cuba buat bersama anak-anak. Hehe.. Sebelum ini saya juga pernah kongsikan beberapa lagi resepi biskut yang lain Antaranya yang menjadi kegemaran ramai ialah biskut coklat cip rangup, tart cadbury, biskut semperit, biskut sarang semut dan macam-macam lagi.

Shortbread cookies ni tidak menggunakan telur. Jadi ianya sangat sesuai untuk mereka yang mencari resepi biskut tanpa telur atau untuk mereka yang ada alahan dengan telur. Teksture biskut ni sangat lembut seperti cair dimulut apabila dimakan. Jika tiada tepung gandum, boleh gantikan dengan tepung cookies. Kalau nak biskut ni lagi sedap boleh campurkan dengan kismis, dry cranberries, coklat urai, badam cincang atau sebagainya di dalam adunan semasa mengadun biskut. Biskut juga boleh dihias dengan bahan lain untuk kelihatan lebih menarik lagi mengikut kesukaan serta kreativiti masing-masing. Jika korang nak buat biskut ni lebih banyak cuma gandakan sahaja bahan-bahannya.

Bila biskut ni dah masak baunya sangat harum memenuhi ruang dapur saya. Memang rasa tak sabar untuk menikmatinya. Hehe.. So, apa tunggu lagi, jom kita sama-sama buat biskut yang mudah dan sedap ni. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara membuat dan shortbread cookies ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Shortbread Cookies:

  • 250gm Mentega
  • 80gm Gula Aising
  • 300gm Tepung Gandum @ Tepung Cookies

Cara-Cara Membuat Shortbread Cookies:

  1. Masukkan mentega dan gula aising ke dslam mangkuk dan pukul hingga sebati sahaja. Tak perlu pukul sampai kembang.
  2. Masukkan tepung gandum dan pukul lagi hingga sebati.
  3. Kemudian, keluarkan adunan dan balut menggunakan plastik pembalut dan bentukkan memanjang dan bulat. Boleh rujuk video.
  4. Simpan di dalam peti sejuk selama 1 jam.
  5. Selepas itu, keluarkan dari peti sejuk dan potong sehingga habis. Boleh bentukkan mengikut kreativiti masing-masing atau boleh juga biarkan ia berbentuk bulat sahaja.
  6. Susun di atas loyang atau dulang pembakar. Jarak-jarakkan sedikit kerana biskut akan kembang sedikit semasa di bakar.
  7. Bakar pada suhu 180°C selama 15 minit atau sehingga keperangan bergantung kepada oven masing-masing. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Shortbread Cookies
Shortbread Cookies
Shortbread Cookies

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Nazatul Fairuz

Supermom kepada dua orang superhero yang super comel. Hehe. Suka memasak dan mencuba pelbagai resepi baru. Menulis blog untuk mengisi masa lapang dan berkongsi resepi yang sedap-sedap untuk semua para pembaca.

View all posts by Nazatul Fairuz →

Leave a Reply

%d bloggers like this: