Muffin Pisang Oat Sangat Lembut Tanpa Mixer

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Hari ni saya akan kongsikan cara untuk membuat muffin pisang oat yang sangat lembut dan mudah pula penyediaannya. Sebelum ini saya pernah kongsikan beberapa jenis muffin yang lain antaranya ialah muffin Nutella yang hanya menggunakan 3 bahan, muffin coklat, muffin vanila dan lain-lain. Untuk kali ni saya nak kongsikan muffin yang sangat berkhasiat sesuai untuk sesiapa yang berdiet dan mementingkan kesihatan. Muffin ni sangat berkhasiat sebab saya masukkan bijiran campuran kat dalam muffin ni. Bijirin campuran Nutrabliss daripada Watsons ni ada 27 jenis bijirin, bijian dan juga kekacang. Selain tu, saya juga gunakan Nutrabliss Organic Extra Virgin Coconut Oil untuk buat muffin ni. Coconut virgin oil memang sangat bagus untuk kesihatan. Tapi kalau takde, korang boleh gantikan dengan minyak jagung. Saya gunakan gula dalam resepi muffin ni. Untuk jadikan muffin ni lebih sihat, boleh gantikan gula tu dengan madu asli ataupun boleh skip je gula kalau guna pisang yang manis. Gunakan pisang yang betul-betul masak untuk mendapatkan muffin yang sedap. Selamat mencuba.

Korang tak perlu gunakan mixer nak buat muffin ni. Cuma gunakan whisk dan spatula sahaja. Saya juga nak kongsikan tips supaya muffin korang tidak mampat dan keras selepas dibakar. Tipsnya korang tidak boleh pukul adunan muffin terlalu lama. Maksudnya disini, setiap kali masukkan bahan cecair atau bahan kering jangan ‘over mix’. Kalau ‘over mix’ atau terlebih pukul muffin akan menjadi keras dan mampat.

Saya ada sediakan video cara untuk membuat muffin pisang oat kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara dan step penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Kalau nak beli barangan Nutrabliss ni, boleh dapatkan di mana-mana store Watsons dan juga online store Watsons di https://bit.ly/38kV8Aw.

Bahan-Bahan Untuk Membuat Muffin Pisang Oat:

  • 1 Cawan Pisang (dilenyek)
  • 1/3 Cawan Nutrabliss Organic Extra Virgin Coconut Oil
  • 1/4 Cawan Gula
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu Kecil Esen Vanila
  • 1/4 Cawan Susu Segar
  • 3/4 Cawan Nutrabliss Grains Mix
  • 1 Cawan Tepung Gandum
  • 1 Sudu Kecil Soda Bikarbonat
  • 1 Sudu Kecil Serbuk Penaik
  • 1/4 Sudu Kecil Garam
  • 1/3 Cawan Nutrabliss Organic Oat (rolled)
  • 1/3 Cawan Cip Coklat
  • 1/3 Cawan Nutrabliss Organic Mixed Dried Fruits

Cara-Cara Untuk Membuat Muffin Pisang Oat:

  1. Mula-mula lenyek pisang sehingga hancur dan sukat. Ketepikan dahulu.
  2. Sediakan mangkuk besar dan masukkan Nutrabliss Organic Extra Virgin Coconut Oil dan gula kastor. Kacau sehingga rata menggunakan whisk sahaja.
  3. Masukkan telur dan esen vanila. Pukul sehingga sebati. Tak perlu pukul hingga kembang.
  4. Kemudian, masukkan pisang yang telah dilenyek tadi dan juga susu segar. Kacau rata sahaja.
  5. Masukkan pula Nutrabliss Grains Mix, tepung gandum, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam. Kacau kesemuanya sehingga sebati sahaja. Tak perlu kacau terlalu lama.
  6. Selepas itu, masukkan pula Nutrabliss Organic Oat (rolled), Cip Coklat dan Nutrabliss Organic Mixed Dried Fruits. Kaup balik sahaja menggunakan spatula sehingga rata.
  7. Sementara itu, panaskan dahulu oven lebih kurang dalam 10 hingga 15 minit.
  8. Sudukan adunan ke dalam muffin tray yang telah dioleskan dengan mentega atau marjerin.
  9. Akhir sekali, hiaskan muffin dengan rolled oat dan cip coklak atau apa-apa sahaja mengikut citarasa dan kreativiti masing-masing.
  10. Bakar pada suhu 160°C selama 20 hingga 30 minit bergantung kepada oven masing-masing. Siap!
Muffin Pisang Oat
Muffin Pisang Oat
Muffin Pisang Oat

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top