Aiskrim Oreo Mudah Tanpa Acuan Tanpa Mixer

Assalamualaikum dan hi semua. Video kali ni saya ingin kongsikan cara untuk membuat aiskrim Oreo yang sangat mudah dan cepat penyediaannya yang hanya menggunakan beberapa bahan sahaja. Aiskrim Oreo ini disalut coklat diluarnya, tanpa menggunakan mixer dan tidak perlukan sebarang acuan. Memang senang mudah nak buat aiskrim ni. Korang boleh ajak anak-anak sekali untuk membuat aiskrim ni, sudah tentu anak-anak sangat suka akan hasilnya.

Bahan-bahan untuk membuat aiskrim ni boleh juga dipelbagaikan mengikut citarasa masing-masing seperti menambah kekacang, pewarna dan sebagainya. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video penuh aiskrim Oreo kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham untuk lihat cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay..

Bahan-bahan untuk aiskrim Oreo:

  • 500ml Krim Putar Tenusu (Whipping Cream)
  • 2-3 Sudu Besar Susu Pekat Manis
  • Biskut Oreo secukupnya
  • 300gm Coklat Kompaun
  • Cawan Minyak Masak / Jagung Secukupnya

Cara-cara untuk membuat aiskrim oreo:

  1. Mula-mula masukkan krim putar tenusu ke dalam bekas yang sesuai dan masukkan susu pekat manis secukupnya dan kacau hingga rata.
  2. Hancurkan 1 peket Oreo siaz kecil (boleh rujuk dalam video) dan tuang ke dalam adunan krim putar tenusu tadi. Kacau rata. Simpan plastik biskut Oreo untuk dijadikan sebagai acuan.
  3. Kemudian, tuang semula adunan krim putar ke dalam plastik biskut Oreo tadi sehingga hampir penuh. Buat sehingga habis.
  4. Setelah itu, susun kesemuanya ke dalam bekas tinggi yang sesuai supaya adunan tidak tumpah dan boleh cucukkan batang aiskrim di tengah-tengah plastik biskut tadi.
  5. Simpan di dalam peti beku (freezer) sehingga betul-betul keras atau semalaman.
  6. Sementara itu, boleh cairkan coklat kompaun yang telah dicampurkan dengan minyak jagung atau minyak masak menggunakan kaedah double boiler. Atau boleh juga cairkan menggunakan microwave.
  7. Setelah coklat cair, sejukkan sebentar pada suhu bilik.
  8. Akhir sekali, celupkan aiskrim yang telah beku tadi ke dalam coklat dan tunggu beberapa saat sehingga coklat keras sebelum dihidangkan. Siap!

Tips:

  • gunakan whipping cream yang mempunyai kandungan lemak yang tinggi untuk mendapatkan aiskrim yang berkrim
  • boleh campur whipping cream dengan susu cair kalau nak jimat
  • boleh pukul sikit adunan aiskrim dengan whisk untuk dapatkan aiskrim yang lebih gebu

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top