Mee Kari Paling Mudah Dan Cepat

Assalamualaikum hai semua. Hari ni saya tunjukkan cara yang paling mudah dan cepat untuk menyediakan mee kari sedap dengan menggunakan tumisan kari daging aroma Cheffaro. Tumisan ni dah cukup semua bahan dan rasa. Jadi kita tak perlu renyah lagi untuk menumis dan sediakan bahan satu persatu. Selain daripada mee kari, tumisan ni juga boleh digunakan untuk membuat pelbagai hidangan kari yang lain seperti kari daging, kari ayam dan sebagainya serta boleh juga dijadikan bahan perapan daging dan ayam tanpa menambah bahan-bahan lain. Cheffaro juga ada pelbagai jenis tumisan yang lain selain daripada kari ni. Boleh tengok kat bawah ni pelbagai jenis tumisan Cheffaro dan kat mana untuk beli tumisan ni. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara untuk memasak mee kari kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video ni sampai habis supaya lebih senang faham cara untuk menyediakannya. Sambil tu jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah dari kami serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan untuk mee kari:

  • Minyak Masak
  • 1 tangkai Daun Kari
  • 100 gm Tumisan Kari Daging Aroma Cheffaro
  • 200 gm Ayam
  • 250 ml Santan Pekat
  • 200-300ml Air
  • 100 gm Kerang
  • Kek Ikan
  • Bebola Ikan
  • Tauhu Goreng

Cara-cara untuk membuat mee kari:

  1. Panaskan sedikit minyak dan tumis daun kari sehingga sedikit garing.
  2. Kemudian, masukkan tumisan kari daging aroma cheffaro dan dan kacau sekejap. Masukkan ayam dan sedikit air dan biarkan ayam sehingga separuh masak.
  3. Seterusnya, masukkan santan pekat dan tambahkan air secukupnya mengikut kepekatan kuah yang disukai.
  4. Masukkan pula kerang, kek ikan dan bebola ikan. Kacau sehingga kuah mendidih.
  5. Akhir sekali, masukkan tauhu goreng kacau sekejap dan boleh tutup api.
  6. Boleh hidangkan kuah dengan mee kuning atau bihun serta condiment seperti kacang panjang, taugeh, cili, sawi, limau kasturi dan bahan-bahan lain mengikut citarasa sendiri. Siap!


Shopee/Lazada store : ZAPMART

TYPES OF CHEFFARO PASTE:
1) Cheffaro Sambal Petai
2) Cheffaro Chicken Curry
3) Cheffaro Rendang
4) Cheffaro Tomyam
5) Cheffaro Curry laksa
6) Cheffaro Prawn Noodle
7) Cheffaro Asam Fish (Asam Pedas)
8) Cheffaro Aroma Meat Curry (Chicken also can)
9) Cheffaro Ayam Penyet (NEW PRODUCT)

AVAILABLE AT:
1) SHOPEE / LAZADA (ZAPMART)
2) FOOD PANDA (LIMITED COVERAGE AREA)
3) GRABFOOD (LIMITED COVERAGE AREA)
4) AEON
5) BIG SUPERMART SDN BHD
6) HERO MARKET
7) TESCO
8) VILLAGE GROCER
9) GIANT
10) NSK
11) THE STORE
12) JAYA GROCER

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top