Hi semua. Assalamualaikum dan salam sejahtera. Kali ini saya nak kongsikan satu resepi yang sanghat menarik iaitu aiskrim biskut. Idea nak buat aiskrim biskut ni timbul bila ada lebihan biskut kering yang saya beli tempohari dan kebetulan pula ada buah mangga dan naga pada masa yang sama. Anak saya memang suka makan biskut, tapi biskut kering mereka kurang suka. Jadi, daripada membazir saya jadikan aiskrim biskut ni.
Resepi aiskrim ni juga ada pelbagai cara nak buat. Saya lebih suka aiskrim yang dibuat menggunakan whipping cream atau krim putar tenusu. Rasanya lebih sedap dan berlemak. Ada juga resepi yang menggunakan susu cair atau susu segar, namun jika hendak menggunakan resepi ni korang perlu letakkan ovelatte. Fungsi ovelatte adalah untuk menjadikan aiskrim kembang dan gebu. Untuk resepi ni, saya gunakan biskut kering biasa, korang boleh gantikan dengan biskut marie, biskut tiger, oreo dan sebagainya mengikut kesesuaian dan selera masing-masing. Buah-buahan juga boleh dipelbagaikan. Boleh letak buah strawberri, blueberri, kiwi, peach, laici dan sebagainya. Buah-buahan tu boleh juga dijadikan sebagai puri. Kisar halus buah-buahan kegemaran korang dan tuangkan dilapisan atas permukaan aiskrim.
Kalau rajin, campurkan puri buah-buahan tu dengan 1 sudu kecil serbuk gelatin yang dibancuh dengan 3 sudu besar air panas supaya puri akan lebih keras dan cantik apabila dipotong. Hiasan di atas aiskrim biskut ni juga boleh ditambah dengan hirisan coklat, cip coklat, coklat urai, nutella atau sebagainya. Aiskrim biskut ni perlu dikeraskan sekurang-kurangnya semalaman supaya senang untuk dipotong dan tidak mudah cair. Selamat mencuba dan jumpa lagi!
Saya ada sediakan video cara membuat aiskrim biskut kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Aiskrim Biskut:
- 2 Cawan Krim Putar Tenusu
- 50 gram Susu Pekat Manis
- Biskut Kering
- Buah Mangga
- Buah Naga
Cara-Cara Untuk Membuat Aiskrim Biskut:
- Putar krim putar tenusu @ whipping krim sehingga kembang dan gebu (jangan terlebih putar kerana ianya akan menjadi cair). Ketepikan dahulu.
- Sediakan loyang atau bekas yang bersesuaian yang dilapik dengan kertas pembakar atau plastik. Lebihkan kertas atau plastik tersebut dikiri dan kanan loyang supaya aiskrim senang untuk di angkat keluar nanti.
- Susun biskut kering memenuhi dasar loyang.
- Ambil sedikit adunan krim putar tadi dan lapiskan di atas biskut dan ratakan.
- Kemudian, susun buah mangga dan lapiskan dengan krim putar tadi dan ratakan.
- Susun pula buah naga dan lapiskan lagi dengan krim putar tadi dan ratakan.
- Ulangi langkah 4, 5 dan 6 sehingga kesemua biskut dan buah-buahan habis.
- Untuk lapisan terakhir, susun buah mangga dan naga memenuhi permukaan aiskrim atau boleh letak puri buah-buahan jika suka.
- Simpan di dalam peti sejuk semalaman supaya aiskrim beku dan cantik apabila dipotong.
- Setelah aiskrim beku keluarkan dari loyang dan boleh la dipotong dan dimakan. Siap!
Nota:
- Susu pekat boleh digantikan dengan gula icing dan letakkan mengikut kadar kemanisan yang disukai.
- Boleh tambah sedikit koko atau milo di dalam krim putar tenusu jika ingin aiskrim yang berperisa.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo