Brownies Biscoff Kayangan Sedap Tak Terkata

Assalammualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi brownies kayangan iaitu brownies biscoff. Resepi brownies ni sama macam brownies biasa cuma ada tambahan biscoff kat dalamnya. So rasa dia jadi lebih sedap dan mewah dengan menggunakan biscoff spread. Gunakan dark chocolate dan juga semi-sweet chocolate chip untuk mengurangkan rasa manis brownies ni sebab biscoff dan manis. Jangan bakar brownies terlalu lama untuk mengelakkan brownies menjadi kering. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat brownies biscoff kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan brownies biscoff:

  • 200 gm Coklat Gelap (dark chocolate compound)
  • ½ cawan (113 gm) Mentega (tanpa garam)
  • ½ cawan (100 gm) Gula Kastor
  • ¼ cawan (50 gm) Gula Perang
  • 3 biji Telur
  • ¼ sudu kecil Garam
  • 1 sudu kecil Esen Vanila
  • ½ cawan (65 gm) Tepung Gandum
  • ¼ cawan (25 gm) Serbuk Koko
  • 150 gm Cip Coklat
  • 100 gm Biskut Biscoff
  • Sapuan Biscoff

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Mula-mula cairkan coklat gelap dan mentega menggunakan kaedah double boiler sehingga larut dan cair sepenuhnya. Ketepikan dahulu.
  2. Pukul gula putih, gula perang dan telur sehingga agak kembang menggunakan whisk. Masukkan garam dan esen vanilla. Kacau sekejap. Masukkan coklat tadi (pastikan coklat dah suam) dan kacau sehingga sebati.
  3. Kemudian, masukkan tepung gandum dan serbuk koko yang telah di ayak. Kacau sehingga semuanya sebati sahaja. Tak perlu kacau terlalu lama.
  4. Seterusnya, masukkan cip coklat dan biskut biscoff yang telah dipatah-patahkan ke dalam adunan tadi. Kaup balik sampai semuanya rata.
  5. Sediakan loyang bersaiz 8″ yang telah dioleskan dengan mentega dan dilapik dengan baking paper. Tuangkan adunan brownies dan ratakan permukaannya. Kemudian, letakkan sapuan biscoff diatasnya dan lorekkan mengikut kreativiti masing-masing. Sementara itu, panaskan oven selama 10-15 minit.
  6. Bakar adunan brownies pada suhu 180°C selama 30-35 minit bergantung pada oven masing-masing. Jangan bakar terlalu lama supaya brownies tidak kering.
  7. Setelah masak, keluarkan dari loyang dan boleh la dipotong dan dihidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo