Udang Masam Manis Pedas Mudah

Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya nak kongsikan cara untuk membuat udang masam manis pedas. Resepi ni sangat mudah dan cepat untuk disediakan. Untuk membuat resepi udang ni, saya menggunakan isi udang campuran yang berbentuk daun daripada EB Frozen. Guna udang ni memang sangat senang sebab boleh terus dimasak tanpa perlu dinyahbekukan. Rasanya pun sama macam rasa udang yang segar yang kita beli di pasar tu. Bila di masak isi udang campuran jadi lembut dan sedikit kenyal. Memang sesuai di masak untuk keluarga terutama anak-anak kecil sebab korang tak perlu nak kupas kulitnya lagi, terus masak je.. Mudah bukan serta menjimatkan masa juga. Hehehe..

Sukatan untuk semua bahan dalam resepi udang masam manis pedas ni boleh disesuaikan mengikut citarasa masing-masing. Semua sos-sos yang digunakan boleh ditambah atau dikurangkan ikut selera masing-masing. Yang penting seimbangkan rasa masam, manis dan pedasnya. Bagi saya resepi udang masam manis pedas ni perlu ada rasa sedikit manis baru la sedap. Korang boleh tambahkan nenas kiub di dalam tin atau buah nenas yang betul-betul masak untuk menambahkan rasa masam manis dalam resepi ni jika suka. Boleh juga tambahkan hirisan cili padi jika ingin lebih pedas. Kuahnya pula boleh adjust ikut kesesuaian. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara untuk membuat udang masam manis kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham  cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan untuk udang masam manis:

  • 2-3 sudu besar Minyak Masak
  • 2 ulas Bawang Putih
  • 2 ulas Bawang Merah
  • 1 sudu besar Cili Kering Kisar
  • 2 sudu besar Sos Tomato
  • 2 sudu besar Sos Cili
  • 1 sudu besar Sos Tiram
  • 100 ml air
  • Gula (secukupnya)
  • Garam (secukupnya)
  • Lada Benggala
  • Bawang Holland
  • 1 sudu kecil Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)
  • Isi Udang Campuran
  • Tomato
  • Daun Bawang

Cara-Cara untuk membuat udang masam manis:

  1. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuk atau dikisar halus sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar dan masak sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan sos tomato, sos cili dan sos tiram. Tambahkan sedikit air dan kacau rata. Setelah itu, boleh perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  4. Seterusnya, masukkan cili benggala dan bawang holland. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau rata. Tunggu hingga kuah sedikit pekat.
  5. Kemudian, masukkan isi udang campuran dari EB frozen, kacau rata.
  6. Akhir sekali, boleh masukkan tomato dan hirisan daun bawang. Kacau sekejap dan boleh terus dihidangkan. Siap!

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo