Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan resepi smoothie yang tidak kurang sedapnya iaitu smoothie strawberi vanila. Tak boleh tahan tengok smoothie strawberi vanila ni dan rasa tak sabar nak menikmati keenakkan dan kesegarannya. Memang menggoda betul, lebih-lebih lagi musim panas ni. Ada banyak kelebihan serta khasiat smoothie buah-buahan ni. Antaranya ialah mengandungi vitamin semulajadi yang kaya dengan antioksidan, terdapat serat semula jadi dalam buah-buahan yang digunakan untuk memastikan penghadaman yang baik dan dapat membantu menguatkan sistem imun badan. Bukan itu sahaja, malahan smoothie strawberi vanila ni boleh jadi minuman yang mengenyangkan. Ianya sesuai bagi orang yang tengah berdiet. Hehe. Saya juga pernah kongsikan beberapa jenis smoothie yang lain sebelum ni di sini iaitu mango smoothie, apple smoothie, laici smoothie dan lain-lain.
Nak buat smoothie ni senang je cuma perlukan bahan-bahan yang sesuai serta sedikit kerajinan. Buah strawberi boleh ditukar kepada buah lain seperti mangga, kiwi, oren, pisang, epal dan sebagainya. Jika suka, boleh juga campurkan sekali beberapa jenis buah. Yogurt strawberry boleh digantikan dengan plain yogurt jika tiada. Gula pula boleh digantikan dengan madu jika suka ikut selera masing-masing. Untuk mebambahkan lagi kesedapan smoothie ni korang boleh taburkan sedikit hirisan coklat di atasnya. Saya tak letak sukatan bahan-bahan dalam resepi ni sebab boleh letak seberapa banyak bahan yang korang suka ikut selera sendiri. Siapa yang belum pernah cuba smoothie strawberi vanila ni wajib cuba sebab ianya sangat sedap dan fresh. Selamat mencuba.
Kalau korang nak senang faham cara membuat dan cara penyediaan smoothie strawberi vanila ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan jangan ketinggalan untuk tengok video menarik, mudah dan best dari kami kat situ serta jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-Bahan Smoothie Strawberi Vanila:
- Strawberi
- Ais Krim Vanila
- Yogurt Strawberi
- Gula
- Susu Penuh Krim
- Ais Secukupnya
Cara-Cara Untuk Membuat Smoothie Strawberi Vanila:
- Potong buah strawberi dan bersihkan.
- Masukkan buah strawberi, ais krim vanila, yogurt strawberi, gula dan susu penuh krim ke dalam pengisar dan kisar sehingga halus.
- Kemudian, masukkan ais secukupnya dan kisar lagi sehingga ais hancur.
- Tuang ke dalam gelas, hiaskan dengan ais krim vanila dan buah strawberi atau boleh letak apa-apa hiasan mengikut kreativiti sendiri. Siap sedia untuk di minum!
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo