Kuih Getas Dan Tips Salutan Gula Tahan Lebih Lama

Assalamualaikum dan hi semua. Hari ni saya nak kongsikan cara untuk membuat salah satu lagi kuih orang dulu-dulu iaitu kuih getas. Kuih ni teksturenya sedikit liat. Kalau makan masa ianya masih panas, bahagian luarnya rangup. Kuih ni agak jarang untuk kita dapati di kedai-kedai yang menjual kuih. So kena la buat sendiri kalau nak makan. Adunan yang saya buat ni boleh dapat lebih kurang 20 biji kuih getas. Kuih getas ni ada salutan gula diluarnya. Ada tips yang saya kongsikan dalam video ni untuk mendapatkan salutan gula yang cantik dan tahan lama. Boleh gunakan cara tu untuk menyalut kuih lain juga seperti kuih keria. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video cara membuat kuih getas kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kuih getas:

  • 2 Cawan Tepung Pulut
  • ¼ Cawan Tepung Gandum
  • ¾ Cawan Kelapa Parut Putih
  • ½ Sudu Kecil Garam
  • Air secukupnya

Salutan gula:

  • ¼ Cawan Gula
  • ¼ Cawan Air
  • ½ Sudu Besar Tepung Gandum

Cara-cara untuk membuat kuih getas:

  1. Mula-mula masukkan ke dalam mangkuk tepung pulut, tepung gandum, kelapa parut, garam dan air. Uli sehingga tepung menjadi doh dan tak melekat di tangan.
  2. Bentukkan adunan menjadi lonjong (boleh rujuk video) sehingga habis.
  3. Panaskan minyak dan goreng adunan menggunakan api yang kecil sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dahulu.
  4. Sementara itu, sediakan salutan gula pula. Masukkan gula dan air ke dalam kuali. Masak sehingga gula berbuih halus.
  5. Kemudian boleh terus masukkan kuih yang telah digoreng tadi dan gaul rata sehingga gula sedikit kering. Masukkan sedikit tepung gandum dan tutup api. Kacau sehingga tepung gandum rata pada keseluruhan kuih.
  6. Siap. Boleh la dihidangkan dan dimakan.

Tips:

  • wajib letakkan tepung gandum dalam adunan supaya kuih tak terlalu liat.
  • letak sedikit tepung gandum semasa menyira gula untuk mendapatkan salutan gula yang cantik, tahan lebih lama dan tak cepat cair.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top