Assalamualaikum dan hi semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Memang lecehkan bila ada lebihan nasi semalam dalam semangkuk kecil sahaja. Nak buat nasi goreng terlalu sedikit, nak buang membazir pula. Hehe. Memang kebiasaannya kalau ada nasi lebihan yang agak banyak akan di buat nasi goreng. Tapi bosan juga kalau asyik makan nasi goreng je kan. Justeru itu, ada resepi lain yang boleh korang buat menggunakan lebihan nasi yang sudah sejuk tu. Korang tahu tak lebihan nasi boleh dijadikan apam yang gebu dan sangat sedap? Berbeza dengan apam mekar yang menggunakan tepung gandum, apam nasi menggunakan nasi sejuk sebagai bahan utamanya. So, hari ni saya nak kongsikan resepi apam nasi yang sangat mudah yang menggunakan sukatan cawan. Lebihan nasi untuk membuat apam ni perlu gunakan nasi sejuk yang disimpan semalaman. Korang tak boleh guna nasi yang baru di masak dan terus buat apam sebab mak saya dah cuba buat, tapi apam tu tak jadi gebu dan tak naik dengan cantik.
Kalau korang nak senang faham cara membuat apam nasi yang mudah ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-Bahan Apam Nasi:
- 1 1/2 Cawan Air
- 1 Cawan Nasi
- 3/4 Cawan Gula
- 1 Cawan Tepung Beras
- 1 Cawan Tepung Gandum
- 1 Sudu Kecil Yis
- Pewarna Makanan
- Kelapa Parut
- Garam
Cara-Cara Untuk Membuat Apam Nasi:
- Kisarkan nasi dan air sehingga betul-betul hancur dan halus.
- Kemudian, campur gula ke dalamnya dan kisar lagi sehingga sebati.
- Dalam bekas lain, satukan tepung gandum, tepung beras dan yis.
- Masukkan tepung ke dalam blender yang berisi bahan cecair tadi. Kisar sehingga sebati.
- Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan letakkan sedikit pewarna makanan (jika suka).
- Perapkan adunan sekurang-kurangnya 3 jam.
- Sediakan acuan kecil atau acuan lompang yang disapu dengan sedikit minyak.
- Masukkan adunan ke dalam acuan dan kukus selama 15 minit (panaskan kukusan terlebih dahulu).
- Taburkan sedikit kelapa parut yang telah digaul dengan garam dan dikukus terlebih dahulu di atasnya. Siap! Sedia untuk di makan.
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Nak resepi lagi?
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo