Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Dalam entri kali ni saya nak kongsi satu lagi resepi yang berasaskan ayam iaitu ayam sprite. Ayam sprite?? Macam mana tu? Mesti ada yang tertanya-tanyakan. Atau mesti ada juga yang pernah dengar resepi ayam sprite ni. Hehehe. Kalau yang tak pernah dengar atau rasa tu, boleh cuba resepi yang saya akan kongsikan ni yea. Dalam resepi ni saya menggunakan produk dari Knorr iaitu kuib pati ayam. Saya pasti ramai yang telah mengenali jenama Knorr kerana produk ni sudah lama berada di pasaran dan banyak di jual di pasaraya besar dan kecil mahupun di kedai-kedai runcit. Selain kiub pati ayam, Knorr juga mempunyai pelbagai produk lain seperti kiub pati ikan bilis, kiub tomyam, kiub pati lembu, perencah pasti sedap dan lain-lain lagi. Semua produk-produk Knorr menambahkan lagi kesedapan dalam masakan di samping mengekalkan khasiat demi memastikan keceriaan dan kebahagiaan keluarga. Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Syarikat Knorr kerana sudi untuk bekerjasama dengan kami.
Berbalik kepada resepi ayam sprite tadi, bahan utamanya sudah tentu la saya menggunakan ayam dan salah satu lagi bahan yang perlu ada ialah air sprite. Jangan pula korang tanya saya kalau tak ada air sprite nak ganti dengan apa?? Kalau dah tak ada air spritenya tak jadi la ayam spritenyakan!! Hahaha.. Walaupun ayam ni menggunakan air sprite untuk disediakan, tapi ianya tak ada rasa sprite yang terlalu kuat macam kita minum air sprite tu. Hehehe. Rasanya lebih kurang macam ayam masak kicap tapi lebih manis dan berkaramel disebabkan gula yang keluar dari air sprite yang digunakan. Untuk resepi ni korang boleh tambahkan atau kurangkan bahan-bahan mengikut citarasa sendiri. Dalam resepi ni saya tak letak cili padi sebab anak-anak saya tak makan pedas. Jadi kalau korang nak pedas, boleh letakkan hirisan cili padi di dalam masakan ni. Kiub pati ayam Knorr yang saya letakkan dalam resepi ni akan menyedapkan lagi resepi ayam sprite ni. Yang penting kena seimbangkan rasanya. Korang juga boleh tambahkan sayuran lain yang sesuai seperti lada benggala, baby corn atau apa-apa yang sesuai untuk menambahkan lagi warna dan kesedapan dalam masakan ni. Baru la selera anak-anak dan keluarga kita nak makankan. Hehe.. Okay, kalau korang nak tau macam mana rasa ayam sprite ni, jangan lupa cuba resepi ni yea. Selamat mencuba dan jumpa lagi di entri akan datang.
Saya ada sediakan video cara untuk membuat ayam sprite kat atas ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan:
- 500gm Ayam
- 300ml Sprite
- ¼ Sudu Kecil Garam
- ¼ Sudu Kecil Garam
- 1 Kiub Pati Ayam Knorr
- Minyak Masak
- 2 Ulas Bawang Putih
- Lobak Merah
- Kentang
- 1 Sudu Besar Sos Tomato
- 2 Sudu Besar Sos Tiram
- 2 Sudu Besar Kicap Manis
- Bawang Holland
- Tomato
- Daun Bawang
Cara-Cara:
- Dalam mangkuk besar masukkan ayam dan air sprite serta sedikit garam, serbuk lada hitam dan juga kiub pati ayam knorr. Kacau sebati sehingga kiub pati ayam hancur dan larut. Perapkan ayam selama 30 minit atau lebih untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap.
- Dalam kuali, panaskan sedikit minyak dan masukkan ayam yang telah diperap tadi. Simpan lebihan air perapan untuk digunakan nanti. Goreng ayam sehingga sedikit keperangan atau garing.
- Kemudian, masukkan hirisan bawang putih dan masak sehingga naik bau.
- Masukkan lobak merah dan kentang, masak lagi sehingga nampak sedikit garing untuk rasa yang lebih sedap menggunakan api yang kecil.
- Selepas itu, masukkan kesemua air perapan (sprite) tadi untuk dijadikan kuah. Masak sehingga lobak merah dan kentang menjadi lembut.
- Tambahkan sos tomato, sos tiram dan kicap manis. Seimbangkan rasanya dan biarkan sehingga kuah sedikit pekat.
- Masukkan hirisan bawang holland, tomato ceri dan daun bawang. Kacau sebati dan boleh tutup api. Siap, sedia untuk di makan.