Daging Kicap Pedas Simple Tapi Sedap

Assalamualaikum. Hai semua. Hari ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang simple tapi cukup menyelerakan iaitu resepi daging kicap pedas. Rasa daging ni agak berbeza berbanding resepi daging kicap biasa kerana ada tambahan daun limau purut. Boleh pelbagaikan jenis sayuran di dalam resepi ni jika suka. Pastikan daging dihiris nipis supaya lebih cepat lembut ketika dimasak. Boleh juga gunakan daging batang pinang jika suka. Dalam resepi ni saya menggunakan Kiub Pati Lembu Knorr yang akan menjadikan masakan lebih berkhasiat. Kiub Pati Lembu Knorr kini diperkaya dengan zat besi. Selamat mencuba.

Saya ada sediakan video cara membuat daging kicap pedas kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahannya:

  • 300gm daging
  • 1 biji bawang besar (ditumbuk)
  • 3 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3-4 sudu besar cili kisar
  • 1 batang serai
  • 5-6 tangkai cili padi / cili besar
  • 1/2 biji bawang holland
  • 3-4 helai daun limau purut
  • 1 batang bunga lawang
  • 1 kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 biji tomato
  • 1/4 cawan kicap manis
  • 1 sudu besar sos cili
  • 1 Kiub Pati Lembu Knorr
  • 400-500 ml Air

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan sedikit minyak. Tumis bawang besar, bawang putih dan rempah 3 sekawan sehingga wangi dan naik bau.
  2. Masukkan cili kisar dan tumis lagi sehingga pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan air secukupnya. Kacau rata. Tutup kuali dan tunggu sehingga daging lembut.
  4. Seterusnya, masukkan kicap, sos tomato, lobak merah, serai, daun limau purut, cili padi dan bawang holland. Gaul rata sehingga lobak merah lembut.
  5. Masukkan pula Kiub Pati Lembu Knorr. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan tomato, gaul sekejap. Siap! Sedia untuk dimakan.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top