Assalamualaikum. Hai semua. Kali ni saya nak kongsikan resepi ayam blackpepper bersama cendawan shitake. Resepi ni sangat mudah untuk disediakan dan juga sangat sedap rasanya. Selain daripada ayam, boleh juga guna daging, sotong dan sebagainya. Cendawan shitake pula boleh digantikan dengan pelbagai cendawan yang lain. Kalau taknak letak pun tak apa tapi kalau letak cendawan shitake ni, rasa dia akan lebih sedap dan lain daripada yang lain. Sukatan untuk semua bahan ni boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing-masing. Sukatan yang saya buat ni sesuai untuk dimakan 2-3 orang. Selamat mencuba!
Kat atas ni saya ada sediakan video cara membuat ayam blackpepper dengan cendawan shitake. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaan dan cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, best dan mudah di situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahannya:
- Minyak Masak
- 2 Ulas Bawang Putih
- ½ Biji Bawang Besar
- 1 Sudu Kecil Serbuk Lada Hitam
- 5-6 ketul Cendawan Shitake
- 250 gram Isi Ayam
- 1 Sudu Besar Sos Tiram Mahsuri
- 3 Sudu Besar Sos Lada Hitam Mahsuri
- 1 Sudu Besar Kicap Manis Pedas Mahsuri
- Air
- Garam
- Gula
- 1 Sudu Kecil Tepung Jagung (bancuh dengan sedikit air)
- Bawang Holland
- Lada Benggala
- Daun Bawang
Cara-cara untuk membuatnya:
- Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang putih, bawang merah dan serbuk lada hitam. Tumis sehingga naik bau
- Masukkan cendawan shitake dan masak sehingga agak layu kemudian masukkan ayam dan kacau rata sehingga ayam separuh masak.
- Seterusnya, masukkan sos tiram, sos lada hitam dan sedikit kicap. Masukkan sedikit air, kacau rata semuanya sehingga ayam masak.
- Tambahkan garam dan gula secukup rasa. Masukkan air bancuhan tepung jagung dan masak sehingga kuah sedikit pekat.
- Akhir sekali, boleh masukkan bawang holland, lada benggala dan daun bawang. Kacau sekejap dan terus angkat. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo