Assalamualaikum..
Hari tu saya ada tengok 1 rancangan masakan kat TV pasal bakar membakar. Ada 1 episod tu dorang buat puding roti tapi bukan puding roti biasa. Puding roti dorang buat special sikit sebab ada tambah epal. So saya pun try la buat sebab bahan-bahan dia mudah je. Cuma tambah epal yang akan menyedapkan lagi puding roti ni. Kalau korang dah boring makan puding roti biasa tu boleh try puding ni pulak.
Dah nak dekat puasa ni boleh la buat puding roti epal ni untuk juadah berbuka. Memang sedap. Sangat lembut. Puding epal ni dah sedap dah makan cam tu je. Tak perlu buat sos kastard lagi dah. Ok jom tengok cara-cara nak buat.
Bahan-bahan :
- 8 keping roti (dipotong dadu)
- 3 biji telur
- 60 gram mentega
- 75 gram gula kastor
- 200ml susu cair
- 350ml susu segar
- Kismis secukupnya
- 1 biji epal fuji (dikupas & dihiris)
Cara-cara:
- Pukul telur, gula dan mentega sehingga gula larut.
- Masukkan susu cair dan susu segar. Pukul sebentar sehingga sebati. Ketepikan.
- Susun separuh potongan roti dalam loyang sebagai dasar puding. Kemudian, susunkan epal dan taburkan kismis. Susun kesemua lebihan roti di atas epal.
- Tuangkan adunan telur dan susu tadi diatas roti. Rehatkan selama 15-30 minit.
- Panaskan oven pada suhu 170°C.
- Bakar didalam oven selama 45-50 minit mengikut oven masing-masing.
- Biarkan sejuk seketika barulah dihidangkan.
Nota: puding ni sedap dimakan semasa sejuk  (letak dalam peti ais). Susu cair boleh digantikan dengan krim putar.
Ok selamat menikmati kesedapan puding roti epal. 🙂
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.