Nasi Air

Assalamualaikum..

Dulu2 zaman muda mudi kat universiti terengganu selalu sangat makan nasi air ni.. start kenal nasi air ni pun masa duduk terengganu la. Ada sorang makcik yang jual nasi air ni kat kolej memang sedap. Tiap2 minggu wajib beli nasi air dia. Dah bertahun tinggalkan terengganu, dah tak pernah makan nasi air. Taktau la makcik tu ada menjual lagi tak nasi air. Tetiba ade pulak kawan post gambar nasi air dekat whatsapp. Rindu la pulak nak makan nasi air makcik kolej dulu. Huhu.. tapi sebab jauh sangat nak pegi, google la jawapannya.. masak sendiri bole makan banyak2. ?

Bahan-bahan untuk nasi:

  • 1 cawan beras
  • 5 cawan air rebusan ayam atau daging
  • 1 biji kentang – potong dadu (optional)
  • garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Masukkan beras ke dalam periuk nasi.
  2. Masukkan kentang dan air rebusan.
  3. Tambahkan garam secukup rasa.
  4. Tanak nasi seperti biasa. Sukatan air perlulah banyak. Nasi air ini sedikit lembik dari nasi biasa. Kira macam buburlah sikit.
  5. Sekarang kita sediakan pula kuah supnya. Selalunya saya buat kuah dulu sebab air rebusan nanti boleh guna untuk masak nasi. Sup apa2 pun boleh. Kali ni saya buat sup ayam.

Bahan-bahan untuk sup:

  • 5-6 ketul ayam
  • 7-8 cawan air rebusan tulang
  • 2 ulas bawang putih – tumbuk
  • 3 ulas bawang merah – tumbuk
  • 1 batang kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 biji cengkih
  • 1 kuntum bunga lawang
  • 1 bungkus sup bunjut
  • Garam

Cara-cara:

  1. Panaskan minyak dan tumis bawang yang telah ditumbuk bersama kayu manis, pelaga, cengkih dan bunga lawang. Tumis sehingga naik bau.
  2. Masukkan ayam. Kacau sebentar.
  3. Masukkan air dan sup bunjut. Tunggu sehingga mendidih.
  4. Perasakan dengan garam secukupnya. Siap..

Saya masak sup banyak sebab anak memang suka hirup sup. Kalau tak abis hari ni, boleh simpan esok. Hehe.

Dah siap nasi dan sup, bole hidang bersama ikan bilis goreng cili padi.  Untuk resepi Ikan Bilis Cili Padi sila klik sini. Taburkan daun sup dan bawang goreng. Resepi ringkas yang nyum2 sangat! ?


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Scroll to Top