Biskut Coklat Cip Rangup (Crunchy Chocolate Chip Cookies) 

Assalamualaikum. Ok hari ni saya nak kongsikan pula resepi biskut coklat cip (Chocolate chip cookies). Biskut ni bukan buat masa raya je ok. Masa tak raya pun boleh buat jugak sebab rasa dia yang sangat sedap dan rangup. Yang membuatkan biskut ni lagi sedap bila tambah kekacang yang pelbagai untuk merangupkannya. 

Resepi chocolate chip cookies ni saya ambil daripada page seorang adik yang bernama danish harraz di Facebook. Memang best-best resepi yang dia kongsikan. Kalau korang nak tengok lagi resepi dia yang lain boleh search nama dia kat Facebook ataupun Instagram. Memang kagum tengok dia masak macam-macam dengan umur yang sangat muda.

Ok berbalik kepada biskut ni, dalam resepi ni saya ada tambah kacang pecan selain kacang badam. Badam pulak saya guna badam yang nipis tu sebab kebetulan tu je yang ada kat rumah. Badam cincang dah habis pulak. Hehe.. Kacang pecan tu pulak saja saya tambah sebab dah lama beli tapi tak habis-habis lagi. So saya tambahkan je dalam biskut ni. Sedap pun sedap. Sebenarnya nak tambah kacang apa pun boleh. Ikut la kesukaan masing-masing ok..? Then kalau nak dapatkan biskut yang super sedap, gunakan pure butter. Memang agak mahal harganya tapi memang berbaloi dengan rasa yang sedap. Tapi kalau guna butter yang biasa pun boleh jugak. Cuma ada sikit perbezaan rasanya.

Ok kat bawah ni ada video cara nak buat biskut coklat cip yang rangup dan sedap. Boleh tengok dulu ok..??

Bahan-bahan untuk biskut coklat cip:

  • 250 gram butter (suhu bilik)
  • 300 gram gula perang
  • 380 gram tepung gandum
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh baking soda
  • 1 sudu teh baking powder
  • 3 sudu teh esen vanila
  • 300 gram chocolate chips atau cooking chocolate yang dicincang
  • 100 gram badam cincang (dibakar)
  • 50 gram kacang pecan (dibakar)

Cara-cara:

  1. Ayak tepung bersama baking powder dan baking soda, ketepikan.
  2. Pukul butter bersama gula hingga rata. Kemudian masukkan telur diikuti dengan esen vanila.
  3. Masukkan pula badam dan pecan. Gaul rata.
  4. Masukkan bahan kering yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit dan kacau hingga adunan sebati.
  5. Kemudian masukkan coklat cip dah gaul rata. (boleh simpan adunan sekejap di dalam peti ais untuk mengelakkan biskut kembang berlebihan semasa membakar).
  6. Sudukan adunan ke atas loyang pembakar yang telah dialas dengan baking paper.
  7. Bakar selama 10-12 minit (bergantung kepada saiz biskut) pada suhu 160°c (panaskan oven dulu).
  8. Biarkan biskut sejuk sebentar sebelum di simpan di dalam bekas kedap udara.

Ok dah siap.. Wajib buat biskut ni masa raya nanti ok.. Masa tak raya pun boleh buat banyak-banyak sebab sedap sangat. ??

biskut coklat cipbiskut coklat cipbiskut coklat cipbiskut coklat cip


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top