Serbuk Roti (Breadcrumbs) Homemade

Assalamualaikum. Serbuk roti boleh didapati di mana-mana pasaraya ataupun kedai. Ada pelbagai jenis serbuk roti yang ada dipasaran. Namun, ianya juga boleh dibuat sendiri dengan cara yang sangat mudah. Serbuk roti ni boleh dibuat dengan menggunakan pelbagai jenis roti.

serbuk roti

Sebenarnya selain menggunakan roti, ada juga bahan lain yang boleh digunakan untuk membuat salutan makanan untuk menggantikan roti. Antaranya ialah nestum, cornflakes, oat, biskut dan sebagainya. Untuk bahan yang kasar seperti cornflakes dan biskut, ianya perlu dikisar terlebih dahulu.

Serbuk roti ni boleh digunakan untuk menyalut apa-apa bahan makanan untuk menjadikannya lebih rangup. Antara resepi ringkas yang pernah saya kongsikan dengan menggunakan serbuk roti ialah roti sardin gulung, roti gulung kari ayam, chicken parmigiana, dan banyak lagi. Nanti boleh la search kat blog saya ye. Actually dalam resepi tu semua saya gunakan serbuk roti yang dibeli siap. Tapi kalau tak jumpa atau tak tahu kat mana nak cari serbuk roti, boleh la cuba buat sendiri.

Lepas ni tak ada la lagi pembaziran roti yang dah expired tu. Hehe. Sebab serbuk roti ni boleh disimpan lama. Kalau nak lebih tahan lama boleh simpan dalam peti sejuk. Tapi kalau tak nak guna roti untuk buat serbuk roti, boleh guna untuk buat pelbagai masakan lain. Search je word ‘Roti Buat Orang Lapo’ kat Google tu, mesti jumpa macam-macam resepi roti yang pernah saya buat sebelum ni. Hehe.

Jom tengok cara penyediaannya yang sangat ringkas kat dalam video ni. Jangan lupa subcribe YouTube Channel kami tau. 🙂

Bahan Serbuk Roti:

  • Apa-apa jenis roti (saya guna roti gardenia wheatmeal)

Cara-cara:

  1. Potong roti kecil-kecil (potong kiub).
  2. Ratakan roti di atas loyang.
  3. Bakar pada suhu 160ºc selama 20-30 minit atau sehingga garing bergantung kepada oven masing-masing. Panaskan oven terlebih dahulu.
  4. Kisar roti sehingga hancur.
  5. Simpan serbuk roti di dalam bekas kedap udara.

Nota:

  • Masa untuk membakarnya bergantung kepada saiz roti yang dipotong, kuantiti dan juga jenis roti. (roti yang baru mungkin memerlukan ianya dibakar lebih lama kerana roti masih lembut)
  • Boleh cuba bakar dengan masa yang singkat dahulu dan tambah masa membakar sehingga roti garing sepenuhnya.

serbuk roti
serbuk roti

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top