Assalamualaikum. Hai semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Hari ni saya rasa nak buat karipap untuk minum petang. Tapi macam malas pula nak buat kulitnya. Hehe. Teringat semalam saya ada pergi ke sebuah pasaraya dan saya beli puff pastri. Jadi saya dapat idea nak buat kulit karipap menggunakan puff pastri je la. Senang dan mudah kerja. Hahaha.
Mula-mula saya buat intinya ini dahulu. Inti ni saya gunakan kentang dan ayam dan beberapa bahan lain. Korang boleh tukar inti ayam kepada daging atau sardin. Boleh je buat mana-mana inti yang korang suka ikut selera masing-masing. Kalau nak guna tuna dalam tin pun boleh juga. Biasanya karipap ni kalau intinya sedap dan kulitnya rangup kira dah berjaya la buat karipap tu kan! Hehehe. So, untuk senangkan kerja saya guna je puff pastri sebagai kulitnya sebab tak perlu susah-susah nak buat menggunakan tepung kerana ianya akan memakan masa yang agak lama. Kalau guna puff pastri lebih senang dan jimat masa. Lebih-lebih lagi bagi ibu-ibu yang bekerja saya rasa cara ni memudahkan untuk mereka buat karipapkan. Betul tak? Hehehe. Actually, ada beberapa lagi resepi yang saya buat sebelum ini menggunakan puff pastri. Antaranya croissant kaya, portugese egg tart dan macam-macam lagi.
Walaupun hanya menggunakan puff pastri rasa karipap ni tetap sedap dan enak. Kulit karipap yang menggunakan puff pastri ini sangat rangup dan korang dah tak perlu risau kalau kulit karipap jadi liat atau tidak menjadi. Saya menggunakan dua cara untuk memasak karipap ni iaitu dengan menggoreng dan membakarnya di dalam oven. Jadi korang boleh pilih salah satu cara atau kedua-duanya sekali. Mudah bukan! Hehehe. So, apa tunggu lagi. Jom kita cuba resepi ini.
Kalau korang nak lebih senang faham cara-cara membuat karipap yang menggunakan kulit puff pastri ni korang boleh tengok video yang saya sediakan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan boleh tengok video menarik dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan karipap:
Bahan inti:
- 1 biji Bawang Merah
- 2 ulas Bawang Putih
- 1 sb Cili Kisar
- 2 tangkai Daun Kari
- 1 sb Serbuk Kari (dicampur dengan sedikit air)
- 100 gm Dada Ayam
- 300 gm Kentang (di potong dadu)
- Air
- Garam
- Gula
Bahan kulit:
- Kulit Puff Pastri secukupnya
- 1 biji Telur (untuk disapu di atas puff pastri sekiranya karipap dibakar)
Cara-cara untuk membuat karipap:
- Tumis bawang merah, bawang putih dan cili kisar sehingga naik bau.
- Masukkan daun kari dan serbuk kari tumis lagi sehingga sedikit garing dan tambahkan ayam. Kacau rata.
- Masukkan pula kentang, air, garam dan gula secukup rasa.
- Masak kentang sehingga lembut/empuk (tambah air jika perlu) dan biarkan sehingga airnya kering. Angkat dan ketepikan.
- Sementara itu, ambil sekeping kulit puff pastri tekap menggunakan cawan atau cutter yang berbentuk bulat. Gelekkan supaya kulit puff pastri menjadi nipis sedikit (rujuk video di atas).
- Letakkan inti di atas kulit puff pastri, kemudian kelim tepi karipap. Ulang sehingga habis.
- Sapu telur yang telah dipukul di atas karipap sekiranya ingin membakar karipap. Bakar pada suhu 170°C selama 30 minit atau sehingga masak.
- Boleh juga goreng karipap sehingga masak dan kuning keemasan.
Nota:
- Jika nak buat karipap inti yang manis boleh gunakan kaya atau kacang merah readymade sebagai intinya.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo