Resepi oleh: TheSisters Cookingproject
Kali ni saya nak share resepi pastry pulak.. resepi ni pun senang jugak nak buat. Rase dia lebih kurang macam apple pai jugak sebab guna bahan2 sama.
Bahan-bahan roses (epal):
- 1 biji epal merah
- 3 sudu besar gula perang
- 50gram butter
- Sedikit garam
Cara-cara:
- Sediakan air + garam dalam bekas.
- Epal dibelah dua. Buang biji dan hiris nipis-nipis. Terus masukkan hirisan epal ke dalam air garam tadi untuk mengelakkan epal bertukar menjadi perang.
- Masak gula perang, butter dan garam. Bila gula sudah cair, masukkan hirisan epal. Masakkan sebentar sahaja untuk melembutkan epal (jangan sambil lembik).
- Toskan epal. Lebihan air rebusan tadi masukkan semula dalam dlm periuk untuk membuat kastard.
Bahan-bahan kastard:
- Air rebusan epal
- 1 sudu besar gula perang
- 1/2 @ 1 sudu kecil tepung kastard
- Secubit serbuk kayu manis (optional)
Cara-cara:
Masak semua bahan sehingga agak pekat. Gunakan api yang kecil. Kacau sentiasa agar tidak berketul.
Bahan-bahan doh:
- 1 cawan tepung gandum
- 2 sudu besar marjerin
- Sedikit garam
- Sedikit air
Cara-cara:
- Gaul tepung dengan butter dan garam (sampai jadi macam bread crumb).
- Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh.
- Kemudian, gelek doh sehingga nipis dan potong doh panjang2 seperti bentuk pembaris.
- Sapukan kastard yang telah siap tadi ke atas doh.
- Susunkan hirisan epal di atas doh secara berlapis dan gulungkan doh. Lekatkan hujung gulungan dengan sedikit air.
- Letakkan doh di dalam bekas pembakar muffin atau dalam paper cup supaya gulungan tidak terbuka semasa di bakar.
- Bakar pada suhu 160° selama 40-45 minit. (Api bawah dahulu. 10 minit yang terakhir baru pasang api atas. Letakkan di rak tengah. Alihkan ke rak bawah apabila api atas di pasang)
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.