Assalamualaikum.. Hi alls.. lepas hampir seminggu my 8 months baby demam + ruam penuh 1 badan, hari ni baru sempat nak meng’update’ resepi ayam goreng black pepper ni. Semput jugak la seminggu ni sebab husband pergi keje kat brunei. Time husband takde ni la anak demam teruk. Pastu tetibe pulak internet kat rumah ni rosak.. macam2 hal pulak jadi minggu ni. Alhamdulillah my baby dah start recover. Risau jugak bila tengok penuh bintik2 merah 1 badan die.
Takut demam campak ke kena denggi ke.. zaman sekarang ni macam2 penyakit ade. Tapi apa2 hal pun perut tetap kena isi. Masak tetap masak. Hari ni baru sempat nak masak best sikit. Time anak demam memang melayan dia je la. Masak ala kadar je untuk diri sendiri. Nasi dengan telur goreng pun bole. Haha..
Hari ni jom kita tengok resepi ayam goreng black pepper. Resepi saya ni mudah je. Cuma menggunakan bahan-bahan asas yang selalu ada kat rumah. Kalau nak resepi lain yang best dan banyak lagi, jom subscribe YouTube Channel kami.
Bahan-bahan ayam goreng black pepper:
- 5 ketul ayam
- 3 ulas bawang merah – ditumbuk
- 2 ulas bawang putih – ditumbuk
- 1 inci halia – dihiris
- 1/2 biji bawang holland/bawang besar – potong bulat
- 1 tangkai cili besar
- 1 sudu kecil lada hitam
- 2 sudu besar sos tiram
- 2 sudu besar kicap manis
- 1/2 cawan air
- 1 sudu kecil tepung jagung (dibancuh dengan sedikit air)
- 1 biji tomato – potong 4
- Garam dan gula (secukup rasa)
- Minyak
Bahan-bahan untuk perap ayam:
- 2 sudu besar kicap manis
- 2 sudu besar sos tiram
- 1 sudu kecil lada hitam
Nota:
Boleh juga perap ayam guna kunyit dan garam.
Cara-cara membuat ayam goreng black pepper:
- Perap ayam selama 30 minit. Kemudian goreng atau panggang sehingga masak.
- Tumis bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam sehingga naik bau.
- Masukkan sos tiram, kicap manis dan air. Kacau hingga sekata.
- Kemudian masukkan air bancuhan tepung jagung.
- Masukkan ayam dan gaul hingga sekata.
- Masukkan bawang holland dan cili besar. Kacau sehingga bawang sedikit layu. Bole guna cili padi kalau suka pedas.
- Masukkan garam dan gula secukup rasa. Selalunya saya tak tambah gula sebab kicap dah rasa manis..
- Akhir sekali masukkan tomato. Kacau sekejap dan tutup api. (Stok tomato saya dah habis.. so takde la tomato dalam gambar kat atas. Hihi)
- Siap untuk dihidangkan.
Nota:
Bole la taburkan daun bawang dan hirisan carrot kat atas tu bagi nampak cantik. Baru la selera sikit nak makan. Hehe
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.