Assalamualaikum. Hai semua. Korang pernah makan nasi goreng keju tak? Kalau tak pernah makan sama la macam saya. Saya pun belum pernah makan sebelum ni. Kisahnya, bulan lepas saya ada pergi ke sebuah restoran di Shah Alam. Saya pergi bersama family kakak saya. Bila sampai di restoran tu kami pun order la menu berlainan ikut selera masing-masing. Saya order yee mee kantonies style, kakak saya order mee hailam, suami saya pula order mee kari dan yang lain tu saya dah lupa pulak menu apa yang diaorang order. Hehe. Makanan yang kami order semuanya menu biasa dan yang pernah saya makan sebelum ni, cuma saya tertarik pada menu yang anak buah saya order iaitu nasi goreng keju.
Terdetik dalam hati, macamna la rupa nasi goreng keju ni yea. Maklum la, tak pernah rasa dan makan pun sebelum ni. Hehe. Bila semua makanan dah sampai, kami semua teruja tengok nasi goreng keju yang anak buah saya order tu sebab baunya sangat sedap dan menyelerakan. Kami semua berebut-rebut nak rasa termasuklah saya. Hehe. Memang sedap sangat rasanya dan memikat selera kami.
Terinspirasi dari situ la saya ingin kongsikan resepi ni. Actually, nasi goreng keju ni gabungan dari nasi goreng dan taburan cheese di atasnya. Nasinya di goreng ala-ala nasi goreng cina atau boleh juga ditambah dengan cili padi jika ingin lebih pedas dan ditabur cheese penuh di atasnya. Keju pula korang boleh gunakan apa-apa keju kegemaran masing-masing seperti mozarella atau cheddar. Kemudian nasi goreng ni dibakar supaya cheese menjadi cair. Memang sedap dan lazat jika di hidangkan panas-panas. Lebih-lebih lagi kalau gunakan keju mozzarella, boleh ditarik-tarik gitu. Hehe. Korang wajib cuba resepi ni tau.
Nasi goreng lain
Kalau nak cuba resepi nasi goreng yang lain, boleh tengok resepi nasi goreng tomyam ataupun nasi goreng belacan yang sedap ni. Ni antara nasi goreng yang saya suka. Ada banyak lagi resepi yang lain. Boleh cari ni blog kami.
Kat atas ni saya ada kongsikan video cara untuk membuat nasi goreng yang sedap ni. Boleh tengok dulu video ni untuk lebih senang nak faham cara penyediaannya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik dan best kat situ. Jangan lupa juga untuk like Facebook kami yea.
Bahan-bahan nasi goreng keju:
- 1 biji Bawang Merah
- 3 ulas Bawang Putih
- Udang
- Jejari Ketam
- 1 biji Telur
- Lobak merah
- Kacang pis
- Garam
- 3 cawan Nasi
- Keju (ikut kesukaan masing-masing)
Cara-cara membuat nasi goreng keju:
- Tumis bawang merah dan bawang putih sehingga naik bau.
- Masukkan udang, jejari ketam (boleh juga gunakan sotong atau isi ayam jika suka).Kacau sebentar dan tambahkan telur.
- Kemudian masukkan lobak merah, kacang pis dan garam secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan nasi dan kacau rata sehingga masak.
- Selepas itu, masukkan nasi goreng ke dalam loyang atau bekas yang sesuai.
- Taburkan keju kegemaran masing-masing di atas nasi goreng tadi.
- Bakar pada suhu 200°C/392°F selama 15 minit.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo