Nasi Goreng Sambal Hitam Resepi Emak Yang Tiada Tandingannya

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar? Korang dah sarapan ke belum tu? Hihi. Saya baru nak masak untuk sarapan. Saya cadang nak buat nasi goreng je hari ni sebab ada nasi lebihan yang saya masak semalam. So, saya nak kongsikan resepi nasi goreng sambal hitam yang sangat lazat untuk korang. Korang pernah makan nasi goreng sambal hitam tak? Tak ramai yang tahu sambal hitam ni. Kalau orang Pahang wajib tahu sebab sambal hitam ni sangat popular di negeri Pahang. Hehehe.

Untuk pengetahuan korang, resepi nasi goreng sambal hitam ni adalah resepi emak saya. Dia selalu buat nasi goreng ni untuk di bawa ke masjid setiap kali ada jamuan makan di masjid. Kerap kali jemaah masjid meminta emak saya buatkan nasi goreng ni sebab mereka kata nasi goreng ni sangat sedap dan lazat dan mereka tak jemu-jemu bila makan nasi goreng ni. Hehe. Mohon doakan mak saya panjang umur dan sentiasa sihat untuk berkongsi rezeki bersama orang lain. Aamiin.

Actually, nasi goreng ni resepinya lebih kurang macam nasi goreng biasa je cuma yang menyedapkan nasi goreng ni adalah sambal hitam yang di letak sekali bersama nasi goreng ni. Sambal hitam itulah yang membangkitkan aroma dan rasa lazat nasi goreng ni. Nasi goreng sambal hitam ni sedap jika di buat pedas sedikit. Sayurnya pula boleh gunakan apa-apa jenis sayur kegemaran masing-masing seperti kangkung, kobis atau sebagainya. Korang wajib cuba resepi ni tau, sebab kalau korang dah rasa pasti takkan menyesal! Hahaha.

Resepi Nasi Goreng Lain

Ada banyak lagi resepi nasi goreng yang sedap-sedap pernah saya kongsikan sebelum ni. Antaranya nasi goreng kampung, nasi goreng kerabu, nasi goreng tomyam, nasi goreng cili kering dan macam-macam lagi. Korang boleh search perkataan ‘nasi goreng buat orang lapo’. Nanti akan keluar semua jenis nasi goreng yang pernah saya kongsikan.

Eh, tapi sebelum korang cuba buat nasi goreng ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan nasi goreng sambal hitam:

  • 6 biji Cili Padi
  • 20 gram Ikan Bilis
  • 1/2 Sudu Besar Belimbing Hitam
  • 3 Bawang Merah (dihiris)
  • 3 Cawan Nasi
  • Garam
  • Lobak Merah
  • Kacang Panjang

Cara-cara untuk membuat nasi goreng sambal hitam:

  1. Tumbuk cili padi, ikan bilis dan belimbing hitam sehingga lumat. Ketepikan.
  2. Tumis bawang merah yang telah dihiris sehigga garing dan masukkan bahan yang ditumbuk tadi. Kacau sehingga kesemuanya sebati dan garing.
  3. Kemudian, masukkan nasi dan garam.
  4. Akhir sekali, masukkan lobak merah dan kacang panjang gaul hingga sebati. Siap! Boleh dihidangkan.

Nota:

Cara membuat belimbing hitam sebelum dijadikan sambal hitam:

  • Rebus belimbing buluh di dalam periuk atau tin bersama garam kasar sehingga menjadi hitam dan air belimbing tadi hampir kering (tak perlu letak air lain).
  • Gunakan periuk atau tin yang tak akan digunakan lagi lepas itu atau khas untuk merebus belimbing saja sebab bekas untuk merebus belimbing ni akan menjadi hitam dan lama-lama ianya akan berkarat.
nasi goreng sambal hitam
nasi goreng sambal hitam
nasi goreng sambal hitam
nasi goreng sambal hitam

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo

Scroll to Top