Ikan Masak Ala Thai Pasti Menjadi Dan Memikat Selera

Assalamualaikum. Hai semua. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Menu yang saya nak kongsikan hari ni ialah ikan masak ala Thai salah satu menu yang sedap dan memikat selera sesuai untuk hidangan seisi keluarga. Suami dan anak-anak saya sangat suka hidangan yang ada rasa ala-ala Thai. Tak kira la samada yang berkuah atau digoreng. Hehe.

Dalam resepi ni, saya menggunakan ikan selar kuning. Korang boleh gunakan apa-apa jenis ikan yang korang suka seperti ikan kembung, ikan tenggiri, ikan bawal dan sebagainya mengikut citarasa masing-masing. Boleh juga digantikan dengan ayam, daging atau udang jika tidak menggemari ikan. Rasanya lebih kurang macam ayam goreng tomyam yang pernah saya pernah kongsikan sebelum ni sebab saya gunakan pes cili Thai. Korang boleh tengok resepinya di sini. Kalau tak ada pes ni, boleh gantikan dengan cili boh atau cili kering yang dikisar.

Untuk kepedasannya pula boleh ikut selera masing-masing. Jika ingin lebih pedas boleh lebihkan cilinya atau sebaliknya. Begitu juga dengan sayur-sayuran di dalam resepi ini, korang boleh gunakan sayur pilihan masing-masing. Hidangan ini sesuai di makan bersama nasi putih atau nasi goreng. Selamat mencuba.

Kalau korang nak senang faham cara membuat ikan masak ala Thai ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-bahan ikan masak ala Thai:

Bahan ikan:

  • Ikan
  • Garam
  • Serbuk Kunyit

Bahan kisar:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 5 Tangkai Cili Padi
  • 1 Tangkai Cili Merah
  • Sedikit Daun Ketumbar

Bahan lain:

  • Air
  • 1 Batang serai
  • 1 Sudu Besar Sos Tiram
  • 1 Sudu Besar Sos Tomato
  • 1 Sudu Besar Sos Ikan
  • 1 Sudu Besar Pes Cili Thai
  • 4-5 Daun Limau Purut
  • 1/2 biji Bawang Besar (hiris kasar)
  • 1 biji Tomato
  • Garam

Cara-cara membuat ikan masak ala Thai:

  1. Gaulkan ikan bersama garam dan serbuk kunyit hingga rata.
  2. Goreng ikan sehingga garing, angkat dan ketepikan.
  3. Tumis serai dan bahan kisar sehingga garing.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos ikan dan pes cili thai. Kacau hingga sebati.
  5. Masukkan sedikit air jika perlu.
  6. Kemudian, tambah garam secukupnya dan masukkan daun limau purut, bawang yang dihiris serta tomato.
  7. Akhir sekali, masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan kacau sehingga sebati. Siap! Boleh dihidangkan.
ikan masak ala Thai
ikan masak ala Thai
ikan masak ala Thai

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo