Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Harap semuanya sihat sejahtera. Dalam entri kali ini saya nak kongsikan resepi mee kung fu yang sedap dan mudah untuk disediakan. Bila dah pandai buat mee kung fu sendiri dekat rumah tak perlu lagi pergi ke kedai untuk makan mee ni. Boleh buat banyak dan sudah tentunya lebih jimat belanja. Hehe.
Ada pelbagai cara untuk masak mee kung fu ni. Saya buat cara yang paling mudah dan ringkas untuk disediakan. Kalau tak suka makan mee, boleh gantikan dengan kuew tiaw. Jika menggunakan telur bersaiz besar, boleh lebihkan mee untuk portion 2 orang makan. Resepi kuah mee kungfu ni boleh juga digunakan untuk buat mee ladna, kuew tiaw ladna, nasi goreng ladna dan sebagainya. Bezanya cuma mee@nasi goreng ladna selalunya digoreng dengan menggunakan kicap. Sebelum ini saya juga ada kongsikan beberapa resepi mee yang lain. Antaranya yang menjadi kegemaran saya ialah mee goreng basah yang sedap ni, sizzling yee mee macam kat kedai makan, mee hailam dan macam-macam lagi.
Bahan-bahan dalam resepi ni juga boleh dipelbagaikan mengikut citarasa dan pilihan masing-masing. Kalau suka pedas, boleh letakkan cili padi yang diketuk di dalam kuah mee kung fu ni ataupun boleh jugak dimakan bersama sambal kicap. Resepi kuah ni untuk hidangan lebih kurang 3 orang makan. Mee kung fu ni sesuai di makan semasa panas-panas. Selamat mencuba.
Sebelum korang cuba buat mee kung fu ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan mee kung fu:
Bahan untuk mee:
- 1 Biji Telur (Kecil)
- Serbuk Lada Sulah
- Garam
- 70 Gram Mee Kuning (untuk seorang makan)
Bahan untuk kuah:
- 3 Ulas Bawang Putih
- 50 gram Ayam (didadu)
- 70 gram Udang
- Air
- Lobak Merah
- Kubis Bunga
- Brokoli
- 2 Sudu besar Sos Tiram
- 50 gram Sotong
- Sawi
- 1/2 Kiub Ayam
- 1 Sudu Besar Tepung Jagung + 3 Sudu Besar Air (dibancuh)
Cara-cara untuk membuat mee kung fu:
- Pukul terlur bersama sedikit serbuk lada sulah dan garam sehingga kembang.
- Masukkan mee kuning dan gaul dengan telur sehingga rata kesemuanya.
- Panaskan minyak dalam kuali dan goreng mee sehingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
- Kemudian untuk kuah pula, tumis bawang putih hingga naik bau.
- Masukkan ayam dan udang kacau rata dan sehingga separuh masak.
- Tambah air secukupnya dan masukkan lobak merah, bunga kobis dan brokoli.
- Apabila sayur sudah agak lembut, masukkan sos tiram, sotong, sawi dan kiub ayam.
- Tambahkan air tepung jagung dan biar kuah mendidih dan masak lagi sehingga kuah menjadi likat.
- Hidangkan kuah bersama mee yang telah digoreng tadi. Siap! Selamat menjamu selera.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo