Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Apa khabar?. Menu yang saya nak kongsikan hari ni adalah udang masak lemak cili api. Masak lemak cili api ini begitu sinonim dengan masyarakat melayu kita. Saya rasa semua orang suka masak lemak cili api. Tak kira la samada ikan, ayam, udang, sotong mahupun ketam memang sedap jika di buat masak lemak cili apikan. Betul tak? Hehe.
Namun, terdapat pelbagai cara dan resepi untuk membuat masak lemak cili api ni. Ianya bergantung kepada cara dan selera masing-masing. Ada yang suka letak bawang merah dan bawang putih dan ada juga sebaliknya. Di sini saya nak tunjukkan cara saya yang mudah dan cepat untuk membuat udang masak lemak cili api ni dan yang pasti rasanya sangat sedap. Cili api boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan yang diinginkan sesuai dengan selera masing-masing. Saya juga pernah kongsikan beberapa resepi masak lemak dan masakan udang sebelum ini seperti udang butter cereal, udang goreng butter dengan sarang telur. Kalau nak masak lemak yang lain, boleh cuba resepi ayam masak lemak ni, ataupun sardin masak lemak bersama kangkung yang menjadi kegemaran arwah abah saya.
Untuk sayur pula korang boleh tambah apa sahaja sayur kegemaran seperti tomato, bendi, terung dan sebagainya. Boleh juga tambahkan bahan yang lain mengikut kesukaan masing-masing. Ok, apa tunggu lagi, jom kita masak! Selamat mencuba.
Saya ada sediakan video udang masak lemak cili api kat atas ni. Boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru dan memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-bahan udang masak lemak cili api:
- 1/2 Biji Bawang Besar
- 1/2 Inci Kunyit Hidup
- 1/2 Inci Halia
- 2 Ulas Bawang Putih
- 6 Tangkai Cili Api
- Air
- 1 1/2 Cawan Santan
- 1 Batang Serai
- 1 Hiris Asam Keping
- Kacang Panjang
- 10 Ekor Udang
- Garam
Cara-cara untuk membuat udang masak lemak cili api:
- Kisar bawang besar, kunyit hidup, halia, bawang putih dan cili api dengan sedikit air.
- Masukkan santan, bahan kisar serta serai ke dalam periuk dan kacau.
- Kemudian, masukkan garam, asam keping dan kacang panjang. Kacau lagi.
- Akhir sekali, masukkan udang dan kacau sehingga mendidih dan udang masak. Kuah hendaklah sentiasa di kacau supaya santan tidak pecah minyak. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo