Assalamualaikum.. Hi semua. Hari ni saya nak kongsikan dengan korang semua cara untuk membuat kek labu. Cara untuk membuat kek labu ni lebih kurang macam kek pisang. Cuma bezanya labu perlu direbus terlebih dahulu sebelum dilenyek. Kalau tak ada mixer, boleh pukul adunan dengan menggunakan whisk sebab adunan ni tak perlu dipukul sampai kembang. Hasil kek ni sangat lembut dan gebu. Sila baca tips dibawah untuk membuat kek yang sedap dan gebu. Selamat mencuba.
Bahan-Bahan
400 gram Labu
1 Cawan Mentega
1 ¼ Cawan Gula Kastor
3 Biji Telur
¼ Sudu Kecil Garam
1 Sudu Kecil Esen Vanila
2 ½ Cawan Tepung Naik Sendiri
Cara-Cara
- Rebus labu sehingga lembut
- Bila dah lembut boleh angkat dan letak ke tepi
- Cairkan Mentega
- Sambil kita cairkan mentega boleh la lenyekkan labu sehingga halus
- Boleh juga menggunakan blender untuk lebih mudah
- Masukkan gula kastor dan juga telur
- Pukul sehingga sebati dan sedikit kembang
- Kemudian masukkan mentega yang dicairkan tadi, garam, esen vanila dan juga labu yang telah dilenyek tadi
- Pukul sehingga bahan-bahan tadi sebati
- Masukkan tepung naik sendiri sedikit demi sedikit
- Kalau tak ada tepung naik sendiri boleh gantikan dengan
a. Campuran Tepung Gandum + 1 sudu kecil soda bikarbonat + ½ sudu kecil serbuk penaik
b. Ayakkan ketiga-tiga bahan tadi sebelum dimasukkan kedalam adunan - Kalau ada tepung naik sendiri sila skip no 11
- Pukul sehingga semua adunan sebati sepenuhnya
- Masukkan adunan ke dalam acuan yang kalis panas (jangan gunakan plastik biasa ye gunakan bekas yang tahan panas)
- Oles bekas dengan mentega atau marjerin supaya senang nak tanggalkan kek nanti
- Masukkan semua adunan tadi ke dalam bekas tahan panas
- Bakar adunan ni tadi ke dalam oven dengan suhu 160ºC selama 45-50 minit atau sehingga masak
- Cucuk dengan lidi untuk cek bahagian dalam masak atau tak
a. TIPS: kalau kat lidi tu masih ada adunan yang cair masih melekat maksudnya kek masih belum masak lagi.
b. Tambah lagi masa memasak dan cek sehingga tiada lagi adunan yang melekat pada lidi
c. Setiap oven berbeza-beza jadi suhu yang diberikan adalah suhu dan juga masa anggaran.
d. Jangan ralat kalau kek tak masak, tambah je lagi masa dan take note untuk future cooking.
Siap dan sedia untuk dihidangkan