Nasi Goreng Sardin Yang Simple Tapi Sedap Terangkat

Assalamualaikum. Hi semua. Siapa suka makan nasi goreng sardin? Kalau suka kita geng. Hehe. Kisahnya masa nak dinner malam tadi semua lauk yang saya masak waktu lunch dah habis, cuma tinggal nasi sahaja. Jadi untuk menyelamatkan keadaan, buat nasi goreng la yang paling senangkan. Teringat pula saya ada beli stok sardin dua hari lepas, so saya pun buat la nasi goreng sardin untuk dinner kami. Nasi goreng sardin ni nampak simple tapi bila dah makan memang sedap sangat dan terangkat!

Nak masak nasi goreng sardin ni senang je. Lebih kurang sama juga macam masak nasi goreng lain yang pernah saya kongsikan sebelum ini seperti nasi goreng cili kering, nasi goreng sambal hitam, nasi goreng nenas dan macam-macam lagi. Bahan utama dalam resepi ni sudah tentulah nasi dan sardin. Semasa masukkan sardin, goreng sardin sehingga garing dan jangan hancurkan sardin terlalu halus kerana akan hilang nikmatnya bila nak makan nanti. Korang boleh pelbagaikan sayur-sayuran dalam resepi ni dengan menambah sayur lain seperti kobis, lobak merah, kacang buncis dan sebagainya. Cili padi boleh ditambah atau dikurangkan mengikut tahap kepedasan yang korang inginkan. Saya letakkan sedikit air limau kasturi bertujuan untuk menghilangkan rasa hanyir sardin. Jangan letak terlalu banyak pula yea, nanti masam pulak nasi goreng korang tu! So, apa tunggu lagi, cuba la buat nasi goreng sardin ni. Selamat mencuba!

Saya ada sediakan video nasi goreng kat atas ni. Korang boleh layan dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk tengok cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-Bahan Nasi Goreng Sardin

  • 1 Biji Bawang Besar (dicincang)
  • 2 Ulas Bawang Putih (dicincang)
  • 4-5 Tangkai Cili Padi (dihiris)
  • Sardin
  • 2 Sudu Besar Sos Sardin
  • Garam
  • Air Limau Kasturi
  • 2 Cawan Nasi
  • Brokoli (atau sayur lain)

Cara-Cara Untuk Membuat Nasi Goreng Sardin

  1. Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sehingga naik bau.
  2. Masukkan sardin dan tumis sehingga garing.
  3. Kemudian, masukkan sos sardin dan sedikit air limau kasturi. Kacau rata.
  4. Masukkan garam secukup rasa atau bahan perisa lain jika suka.
  5. Masukkan nasi dan kacau sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan brokoli dan kacau rata. Siap untuk dihidangkan.

Dapatkan Pes Masakan Keluaran Buat Orang Lapo

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Scroll to Top