Steamed Soft Banana Cake

Assalamualaikum..

Satu lagi resepi yg best yg saya rasa rugi kalau saya tak kongsikan kat sini.

Steam
Steam Soft Banana Cake

Bahan (A):

  • 200 gram pisang yg dilenyek
  • 1/8 sudu kecil vanilla essence
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • secubit garam

Bahan (B):

  • 3 biji telur (kecil)
  • 100 gram gula perang
  • 100 gram pao flour / Hong Kong flour / Superfine flour
  • 1 sudu kecil Baking powder
  • 65 gram minyak jagung

TOP LAYER:

  • 2 biji telur
  • 60 gram gula
  • 25 gram air
  • 65 gram pao flour / Hong Kong flour / Superfine flour

Cara penyediaan:

  1. Campurkan kesemua bahagian, gaul hingga sebati dan ketepikan.
  2. Pukul telur dan gula sehingga gebu, masukkan tepung dan baking powder kemudian kacau sehingga sebati.
  3. Masukkan pisang yg telah dilenyek bersama minyak jagung dan kacau lagi sehingga sebati.
  4. Tuangkan pada bekas yg telah digris terlebih dahulu dan steamkan selama 15 – 20 minit sehingga masak.
  5. Untuk topping : Pukul telur dan gula sehingga kembang, masukkan air dan tepung dan kacau sehingga sebati. Tuangkan adunan keatas pisang yg telah distimkan tadi dan stimkan semula selama 15 minit atau sehingga masak.
  6. Sedia untuk dihidangkan

credit to Norul Aimi


Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Leave a Reply