Kek Coklat Cheese Kukus Mudah dan Pasti Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hai semua. Hujung minggu ni adik saya nak buat majlis hari lahir untuk anaknya. Saya bercadang nak buat kek coklat cheese kukus permintaan anak buah saya untuk menu tambahan pada majlis tersebut. So, hari ni saya akan kongsikan resepi kek coklat cheese kukus untuk korang semua.

Kek coklat cheese kukus ni mudah dan senang saja penyediannya. Rasanya sedap dan keknya pula lembut dan moist. Tapi kek ni ada kandungan cheese, oleh itu ia tidak boleh di simpan lama sangat tau! dan haruslah disimpan dalam peti ais untuk mengelakkan cheesenya tu cepat rosak atau berkulat. Hehe.

Kek coklat cheese kukus ni adalah gabungan kek coklat dan lapisan cheese yang diletakkan ditengah-tengahnya. Untuk resepi kek coklatnya saya gunakan bahan asas seperti tepung, koko, gula, susu segar dan beberapa bahan lain. Saya juga letakkan air panas di dalam adunan kek coklat ni. Fungsi air panas ni untuk menjadikan kek lebih lembap ataupun moist. Pastikan guna air yang betul-betul panas untuk menghasilkan kek yang lembab. Untuk lapisan cheesenya pula saya guna cheese tatura kerana lebih mudah di dapati di pasaraya. Boleh juga gantikan cheese jenama lain mengikut kegemaran masing-masing.

Ada pelbagai lagi resepi kek yang berasaskan cheese pernah saya kongsikan sebelum ni seperti non-baked oreo cheesecake, upsidedown oreo cheesecake, cheesecake 3 bahan, burnt cheesecake dan lain-lain lagi. Kalau nak kelainan sikit, boleh cuba buat kek batik cheese yang sedap ni.

Kalau korang nak senang faham cara membuat kek coklat cheese kukus ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami yea.

Bahan-bahan kek coklat cheese kukus:

Bahan kek:

  • 3/4 cawan Gula Castor
  • 2 biji Telur
  • 1 sk Esen Vanilla
  • 1/2 cawan Minyak Jagung
  • 1/2 cawan Susu Segar
  • 1 cawan Tepung Gandum
  • 1/4 cawan Serbuk Koko
  • 1/2 sk Soda Bikarbonat
  • 1/2 sk Serbuk Penaik
  • 1/4 sk Garam
  • 1/2 cawan Air Panas

Bahan keju:

  • 250 gm Krim Keju
  • 5sb Gula
  • 1 biji Telur
  • 1 sb Tepung Gandum
  • 1sb Air

Cara-cara membuat kek coklat cheese kukus:

  1. Pukul gula, telur dan esen vanilla sehingga betul-betul kembang. Adunan akan menjadi pucat.
  2. Masukkan minyak dan susu segar pukul lagi hingga sebati.
  3. Ayakkan tepung, serbuk koko, soda bikarbonat, serbuk penaik dan garam ke dalam adunan tadi pukul lagi hingga sebati kemudian masukkan air panas. Kacau rata.
  4. Sediakan acuan bersaiz 7″ @ 8″ yang di alas dengan baking paper dan tuang separuh adunan coklat ke dalam acuan dan kukus selama 20 minit.
  5. Sementara itu, boleh sediakan adunan krim keju pula. Pukul krim keju dan gula kastor hingga lembut dan sebati.
  6. Masukkan telur dan pukul sebentar.
  7. Kemudian, masukkan tepung dan air pukul lagi hingga semuanya rata sekata.
  8. Tuang adunan krim keju ke dalam loyang yang berisi kek coklat tadi dan kukus selama 20 minit.
  9. Setelah adunan keju masak, tuang pula baki adunan coklat ke dalam acuan dan kukus lagi selama 30 minit atau sehingga masak.

Nota:

  • Pastikan air kukusan mendidih terlebih dahulu sebelum masukkan kek.
  • Balut penutup pengukus dengan kain supaya air tidak menitik ke atas kek.
  • Kukus kek dengan menggunakan api sederhana.
kek coklat cheese kukus
kek coklat cheese kukus
kek coklat cheese kukus
kek coklat cheese kukus

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top