Mee Goreng Basah Emak Ajar Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hari ni saya tak masak nasi dan lauk untuk lunch sebab anak-anak saya request nak makan mee je. Kebetulan semalam saya pergi ke pasaraya dan saya ada beli mee dan bahan-bahan untuk membuat mee. So, menu yang saya nak kongsikan hari ni ialah mee goreng basah yang simple je tapi sangat sedap.

Terdapat pelbagai cara untuk membuat mee goreng basah ni. Saya juga ada kongsikan beberapa jenis menu mee sebelum ini. Antaranya mee hailam, sizzling yee mee, mee kari yang mudah dan macam-macam lagi. Hidangan mee goreng basah yang saya buat ni, saya belajar daripada emak saya. Resepi yang selalu die buat untuk meniaga di kedai dia dahulu dan menjadi kegemaran semua pelanggan di kedai emak saya ketika itu. Memang sedap mee emak saya ini walaupun menggunakan bahan yang simple je. Tapi sekarang emak saya dah berhenti meniaga kerana faktor usia. Hehe.

Resepi mee ni korang boleh pelbagaikan bahannya ikut citarasa dan selera masing-masing. Kalau nak lebih pedas, letakkan cili padi yang di ketuk semasa menumis. Sotong dan udang pula boleh digantikan dengan ayam atau daging. Jika inginkan mee goreng yang kering tidak perlu letak air semasa menumis. Korang boleh tambahkan bebola ikan atau kek ikan ke dalam mee goreng basah ini untuk rasa yang lebih enak. Untuk hiasan pula, boleh taburkan daun sup, daun bawang serta bawang goreng. Resepi ni juga sesuai untuk masak kuea tiaw dan bihun goreng. So apa tunggu lagi. Jom kita cuba resepi mee goreng basah ni!

Sebelum korang cuba buat resepi mee goreng basah ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni untuk senang faham cara membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru kami dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan mee goreng:

  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 Biji Bawang Merah
  • 1 Sudu Besar Cili Kering Kisar
  • Sos Cili
  • Sos Tomato
  • Sos Tiram
  • Kicap Manis
  • Air
  • Udang
  • Sotong
  • Lobak Merah
  • Garam
  • Mee Kuning
  • Sawi
  • Taugeh

Cara-cara untuk membuat mee goreng:

  1. Panaskan minyak, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar, tumis lagi hingga sedikit garing.
  3. Masukkan pula sos cili, sos tomato, sos tiram serta kicap manis. Kacau rata.
  4. Tambahkan air dan masukkan udang, sotong serta lobak merah. Kacau sehingga rata.
  5. Kemudian, masukkan garam secukup rasa, mee kuning dan juga sawi. Kacau lagi sehingga sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan taugeh dan kacau sebati kesemuanya. Siap! Boleh hidangkan.

Nota:

  • Boleh masukkan sedikit sos ikan atau sos sotong.
  • Boleh tambahkan apa-apa jenis sayur kegemaran masing-masing seperti kobis, brokoli, bunga kobis, cili benggala atau sebagainya.
Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top