Kek Batik Vico (Kek Batik Brunei) Lembut Dan Sedap

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Korang suka makan kek batik tak? Saya dan anak-anak penggemar kek batik. Hari ini saya nak kongsikan salah satu lagi resepi kek batik iaitu kek batik vico yang menggunakan telur untuk mendapatkan hasil kek yang lembut dan sedap. Kek batik vico ni sangat mudah penyediaannya kerana bahan-bahannya tidak banyak dan mudah di dapati di pasaraya.

Kek Batik Vico ni adalah salah satu kek yang popular di Brunei. Ada juga yang panggil kek batik Brunei sebab kek ni lebih kurang macam kek batik kat Malaysia juga. Cuma bezanya ia menggunakan vico sebagai ganti kepada milo dan juga ada tambahan nestum dan horlick untuk menyedapkan lagi rasa kek ini. Tapi untuk resepi kali ini saya tidak menggunakan horlick sebab takde stok horlick kat rumah. Hehehe. Biskut marie yang biasa digunakan untuk kek vico ni ialah biskut perisa coklat. Tapi saya guna biskut marie perisa original. Terpulang kepada selera masing-masing nak guna perisa apa. Saya juga pernah kongsikan resepi kek batik milo, kek batik cheese dan kek batik oreo sebelum ni. Korang boleh cuba pelbagai resepi kek batik ni.

Hiasan di atasnya pula saya taburkan nestum atau korang boleh tambahkan coklat urai, hirisan kacang badam atau sebagainya mengikut kreativiti dan citarasa masing-masing. Kek ni sangat sedap dimakan semasa sejuk. Okay, apa tunggu lagi jom kita buat kek batik vico yang mudah ni. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara membuat kek batik vico ni apa kata korang tengok dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa like Facebook kami okay.

Bahan-bahan kek batik vico:

  • 300 gram Biskut Marie (dipatahkan)
  • 2 Biji Telur (A)
  • 2/3 Cawan @ 200 ml Susu Pekat Manis
  • 200 gram Mentega
  • 2 Cawan @ 140 gram Nestum
  • 2 Cawan @ 250 gram Vico

Cara-cara untuk membuat kek batik vico:

  1. Patah-patahkan biskut marie. Ketepikan.
  2. Pukul telur sebentar dan campurkan dengan susu pekat manis. Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan mentega ke dalam kuali kacau hingga cair dan masukkan adunan telur dan susu tadi. Kacau hingga sebati.
  4. Tambahkan nestum dan vico. Kacau tanpa henti bancuhan tadi hingga semuanya sebati.
  5. Masukkan biskut marie, gaul rata sehingga kesemua bahagian biskut tersalut dengan bancuhan. Matikan api.
  6. Tuang biskut yang siap di masak ke dalam loyang yang telah di lapik dengan baking paper atau plastik supaya senang untuk dikeluarkan dari loyang nanti. Tekan biskut tadi sehingga padat.
  7. Taburkan nestum di atasnya sebagai hiasan.
  8. Simpan di dalam peti sekurang-kurangnya 4 jam atau hingga boleh dipotong.
  9. Keluarkan dari peti dan potong. Sedia untuk di makan.

Nota:

Boleh tambahkan susu jika ingin kek batik yang lebih manis.

kek batik vico
kek batik vico
kek batik vico
kek batik vico

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo