August 5, 2020
kek batik ultimate

Kek Batik Ultimate OREO & CADBURY

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Cuaca di luar cerah hari ni. Alhamdulillah. Tidak lama lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Harap korang semua sihat dan dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna. Pada entri kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah, sedap dan istimewa iaitu kek batik Ultimate OREO dan Cadbury.

kek batik ultimate

Actually ada pelbagai cara untuk membuat kek batik ni. Sebelum ini saya juga pernah kongsikan beberapa resepi kek batik seperti kek batik cheese, kek batik biskut marie lembut dan sebagainya. Kek batik yang saya buat sebelum ini menggunakan biskut marie. Tapi kali ini saya gunakan OREO Golden Cookies untuk menghasilkan kek batik yang sangat sedap, unik dan cantik. Untuk coklatnya pula, saya gunakan Cadbury Dairy Milk Chocolate yang dicampur bersama bahan-bahan lain. Penggunaan Cadbury Dairy Milk Chocolate di dalam kek batik ini, menjadikan rasanya lebih mewah dan lazat. Gabungan rasa dari Golden OREO Cookies dan Cadbury Dairy Milk Chocolate ini sangat sesuai untuk menghasilkan kek batik yang menggiurkan. Sehingga membuatkan anak-anak saya tak sabar untuk menikmatinya. Hehehe.

Golden OREO Cookies Limited Edition

Saya pasti mesti korang semua sangat menggemari biskut Oreokan? Untuk pengetahuan korang Oreo telah mengeluarkan produk terbaru mereka iaitu Golden OREO Cookies Limited Edition sempena Hari Raya yang akan datang. Rasa Golden OREO Cookies ini sangat sedap dengan lapisan inti vanilla di tengahnya. Biskutnya yang rangup sangat digemari ramai terutama kanak-kanak. Korang boleh la cuba biskut keluaran terbaru ni dan boleh dapatkan di pasaran sekarang.

Berbalik kepada resepi kek batik Oreo tadi, saya gunakan Original OREO Cookies dan Golden OREO Cookies yang di patah-patahkan sebagai hiasan di atasnya. Korang juga boleh hancurkan beberapa keping biskut Oreo dan taburkan di atas kek batik. Jika korang ingin rasakan lebih coklat, boleh juga tambahkan Cadbury Dairy Milk Chocolate yang dihiris atau disagat halus dan taburkan sebagai hiasan. Kek batik ini boleh di jadikan sebagai juadah berbuka puasa dan saya sarankan korang semua buat kek batik Ultimate Oreo dan Cadbury ini pada Hari Raya nanti untuk dijadikan sebagai salah satu hidangan istimewa Hari Raya dan boleh dinikmati bersama keluarga yang tersayang. Okay, selamat mencuba semua!

Saya ada sediakan video kek batik Ultimate Oreo dan Cadbury kat atas ni. Korang boleh tonton dulu video kami supaya lebih senang dan mudah untuk lihat cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi yang terbaru, mudah dan memikat selera dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Dapatkan buku e-resepi Raya OREO percuma melalui https://qrco.de/bbOoPa

Bahan-bahan kek batik Ultimate Oreo Dan Cadbury:

Bahan-bahan:

  • 200 gram Golden OREO Cookies,
  • 150 gram CADBURY DAIRY MILK Chocolate Neaps
  • 30 gram Serbuk Koko
  • 50 gram Mentega Tanpa Garam
  • 100 gram Susu Pekat
  • 50 ml susu cair

Untuk Hiasan

  • Original OREO Cookies, patahkan kepada 4 @ gunakan Mini OREO
  • Golden OREO Cookies, patahkan kepada 4

Cara-cara untuk membuat kek batik Ultimate Oreo Dan Cadbury:

  1. Patah-patahkan OREO Golden Cookies kepada 2 bahagian. Ketepikan.
  2. Masukkan mentega, susu pekat, serbuk koko, Cadbury Dairy Milk Chocolate Neaps dan susu cair ke dalam kuali.
  3. Pasangkan api, masak dan cairkan kesemua bahan dengan menggunakan api yang kecil sehingga likat. Tutupkan api.
  4. Kemudian, masukkan Golden OREO Cookies tadi dan gaulkan sehingga kesemua biskut bersalut dengan rata.
  5. Sediakan loyang 4 x 8 inci yang telah di lapik dengan baking paper.
  6. Masukkan adunan biskut tadi ke dalam loyang dan ratakan kesemuanya.
  7. Patahkan biskut Oreo kepada 4 bahagian dan hiaskan di atas kek batik mengikut kreativiti masing-masing.
  8. Simpan kek batik di dalam peti sejuk selama lebih kurang 3 jam atau sehingga kek batik betul-betul keras supaya mudah untuk di potong. Siap! Sedia untuk dihidangkan.
kek batik Ultimate
kek batik Ultimate

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtubekami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: