June 6, 2020

Resepi Terbaru


Resepi Agar Agar Bandung Cincau

agar agar bandung cincau

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Bertemu lagi kita di entri kali ini. Beberapa hari sahaja lagi kita akan menyambut bulan Ramadhan. Saya pasti korang semua mesti tercari-cari pelbagai resepi dan juadah yang sesuai untuk disediakan ketika berbukakan? Salah satu resepi yang pasti ada dan menjadi hidangan di meja makan ketika bulan puasa nanti sudah semestinya agar-agar. Betul tak? Hehehe. Jadi kali ini, saya nak kongsikan satu lagi resepi agar-agar yang mudah disediakan, sedap dan menyamankan tekak iaitu agar-agar bandung cincau.

agar agar bandung cincau
Tengok video ini untuk cara-cara menghasilkannya

Ada beberapa resepi agar-agar yang saya pernah kongsikan sebelum ini. Antaranya ialah Puding Mozaik, Agar-Agar Laici, Agar-Agar Roti dan Agar-Agar Koktel. Untuk agar-agar bandung cincau ni saya gunakan susu cair untuk membangkitkan rasa lemak pada agar-agar ini. Gula boleh di tambah bagi yang sukakan agar-agar yang lebih manis, atau boleh dikurangkan jika suka kurang manis. Tapi bagi saya sukatan yang saya buat ni dah cukup kemanisan. Hehe. Cincau boleh ditambah jika suka atau dikurangkan mengikut selera sendiri. Cincau juga boleh digantikan dengan cendol, kacang merah, jagung manis atau sebagainya mengikut citarasa masing-masing.

Dalam resepi ini saya menggunakan serbuk agar-agar jenama swallow globe. Penggunaan serbuk agar-agar ini lebih mudah berbanding agar-agar yang bertali kerana serbuk agar-agar lebih cepat dan mudah larut apabila di masak. Jadi korang boleh cuba serbuk agar-agar jenama swallow globe ni untuk membuat pelbagai jenis agar-agar atau puding kegemaran korang. Agar-agar ini banyak dijual di kedai-kedai biasa dan juga di pasaraya.

Agar-agar bandung cincau ini sesuai di makan semasa sejuk. Boleh dihidangkan bersama susu cair atau aiskrim vanila atau aiskrim strawberi jika suka. So, apa tunggu lagi jom kita buat agar-agar bandung cincau ni dan rasai sendiri keenakkannya! Selamat mencuba.

Bahan-bahan agar-agar bandung cincau:

  • 1 Cawan Cincau (Sukat lepas dicincang)
  • 600ml Air
  • 1 Paket Serbuk Agar-Agar
  • 120 gram Gula
  • 400 ml Susu Cair
  • 2 Sudu Besar Tepung Jagung
  • 1 Sudu Besar Sirap

Cara-cara untuk membuat agar-agar bandung cincau:

  1. Cincang halus cincau dan sukat 1 cawan. Ketepikan.
  2. Masak serbuk agar-agar dengan air sehingga serbuk agar-agar hancur menggunakan api sederhana.
  3. Masukkan gula kacau lagi sehingga gula hancur dan larut.
  4. Tambahkan pula susu cair dan masukkan tepung jagung yang telah dibancuh dengan sedikit air.
  5. Kacau sehingga semuanya sebati dan adunan agar-agar menjadi sedikit pekat.
  6. Kemudian, asingkan adunan agar-agar lebih kurang 400ml ke dalam bekas lain dan masukkan cincau. Kacau rata.
  7. Masukkan sirap ke dalam lebihan adunan agar-agar tadi dan kacau sebati sehingga jadi bandung.
  8. Letakkan sedikit adunan bandung ke dalam acuan pilihan masing-masing dan sejukkan sebentar di dalam peti sejuk.
  9. Setelah adunan bandung sedikit keras, keluarkan dari peti sejuk kemudian lorekkan sedikit di atas permukaannya, supaya lapisan atas akan melekat.
  10. Lapiskan pula dengan adunan agar-agar cincau di atasnya dan sejukkan di dalam peti sejuk.
  11. Ulangi langkah di atas sehingga kesemua adunan agar-agar habis.
agar agar bandung cincau
agar agar bandung cincau
agar agar bandung cincau
agar agar bandung cincau

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
%d bloggers like this: