Masak Lemak Ikan Dengan Belimbing Hitam Lain Daripada Yang Lain

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Apa khabar semua? Kali ni saya nak kongsikan satu lagi resepi yang mudah iaitu masak lemak ikan. Sebelum ni saya pernah kongsikan beberapa jenis resepi masak lemak. Antaranya masak lemak ayam, masak lemak cili padi sardin, masak lemak pucuk mulberi, udang masak lemak dan macam-macam lagi. Tapi kali ni saya nak masak lemak menggunakan ikan pula.

Masak lemak ikan ini ada kelainan sikit sebab saya menggunakan belimbing hitam sebagai ganti kepada asam keping. Rasanya lebih sedap berbanding asam keping. Belimbing hitam ni ialah belimbing buluh yang direbus bersama garam sehingga menjadi hitam. Resepi masak lemak ikan menggunakan belimbing hitam ni adalah salah satu resepi yang terkenal di negeri Pahang. Ada beberapa jenis masakan yang saya buat menggunakan belimbing hitam. Antara resepi yang paling popular ialah sambal belimbing hitam.

Untuk masak lemak ni korang boleh ubah suai bahan-bahannya mengikut kesesuai dan citarasa sendiri. Ikan juga boleh gunakan apa-apa jenis ikan pilihan masing-masing. Jika inginkan masak lemak yang lebih pedas boleh tambahkan cili padi. Santan pula gunakan santan segar untuk mendapatkan rasa yang lebih sedap. Boleh juga gantikan santan kotak jika tiada santan segar. Resepi ini sesuai juga dimasak dengan udang, ayam, ketam, sotong dan sebagainya. Selamat mencuba semua!

Kalau korang nak senang faham cara membuat masak lemak ikan dengan belimbing hitam ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dari kami dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan masak lemak ikan:

Bahan kisar:

  • 1/2 Biji Bawang Besar
  • 1 Ulas Bawang Putih
  • 7-8 Tangkai Cili Padi
  • 1 Tangkai Cili Merah Besar
  • 1 Inci Kunyit Hidup
  • Air
  • Minyak masak

Bahan lain:

  • 4 Cawan Santan
  • 2 Batang Serai
  • 1 ekor Ikan Talapia
  • Garam
  • 1 Sudu Besar Belimbing Hitam
  • 1 Helai Daun Kunyit
  • Bendi
  • Tomato

Cara-cara untuk membuat masak lemak ikan:

  1. Masukkan bahan kisar danke dalam kuali. Kacau rata.
  2. Masukkan serai dan ikan. Kacau sehingga kuah mendidih.
  3. Tambahkan garam secukupnya dan belimbing hitam. Kacau lagi.
  4. Masukkan daun kunyit.
  5. Akhir sekali, masukkan bendi dan tomato. Siap!
masak lemak ikan
masak lemak ikan
masak lemak ikan

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo