Nasi Goreng Cili Kering Yang Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum dan hi semua. Kali ini saya nak kongsikan satu lagi resepi nasi goreng iaitu nasi goreng cili kering. Bila buat nasi goreng cili kering ni mengimbau kembali kenangan waktu saya kecil semasa di kampung. Kalau di kampung dulu nenek saya yang tinggal di sebelah rumah seringkali membuat nasi goreng cili kering ni bila kami datang bersarapan di rumahnya. Waktu tu rasa nikmat sangat makan nasi goreng cili kering ni, maklum saya makan ramai-ramai dengan sepupu saya sekali. Walaupun nenek saya cuma letak ikan bilis dan telur saja sebagai rencahnya, tapi berebut-rebut kami makan. Hehehe. Tapi itu kenangan masa dulu la, sekarang saya pula ingin berkongsi kesedapan resepi nasi goreng cili padi ni dengan korang semua.

Nasi goreng cili kering ini lebih kurang sama cara memasaknya dengan nasi goreng lain. Cuma bezanya ia ditambah dengan cili kering yang dipotong kecil. Jika ingin lebih sedap, boleh tumbuk kasar cili kering tu. Bau dan rasa cili kering ni la yang membangkitkan aroma dan rasa sedap nasi goreng ni. Untuk lauknya korang boleh pelbagaikan dengan menambahkan sotong, ayam, daging dan sebagainya. Sayur juga boleh dipelbagaikan seperti kobis, lobak merak, kangkung dan lain-lain mengikut kesesuaian dan citarasa masing-masing. Selain nasi goreng cili kering ni, saya juga pernah kongsikan beberapa resepi nasi goreng lain yang sedap-sedap iaitu nasi goreng tomyam, nasi goreng kerabu, nasi goreng kampung, nasi goreng belacan dan macam-macam lagi. Kalau korang penggemar nasi goreng boleh cuba buat nasi goreng cili kering ni untuk merasai sendiri kelainan dan keenakkannya. Selamat mencuba!

Kalau korang nak senang faham cara penyediaan dan cara membuat nasi goreng cili kering ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest recipe dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.

Bahan-Bahan Nasi Goreng Cili Kering:

  • 2 Ulas Bawang Putih
  • 1 Biji Bawang Besar
  • 5 Tangkai Cili Kering (dipotong)
  • 1 Sudu Besar Cili Kering Kisar
  • Udang
  • Air
  • Telur
  • 2 Cawan Nasi
  • Garam
  • Brokoli

Cara-Cara Untuk Membuat Nasi Goreng Cili Kering:

  1. Tumis bawang putih, bawang besar dan cili kering yang dipotong sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili kering kisar tumis lagi sehingga cili garing.
  3. Masukkan udang dan tambah sedikit air jika perlu. Kacau sehingga udang separuh masak.
  4. Kemudian, masukkan telur dan kacau sehingga telur masak.
  5. Seterusnya, masukkan nasi dan garam secukupnya atau bahan perisa lain jika suka. Kacau sebati.
  6. Akhir sekali, masukkan brokoli atau sayur-sayuran lain dan kacau rata kesemuanya. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan!
Nasi Goreng Cili Kering
Nasi Goreng Cili Kering
Nasi Goreng Cili Kering
Nasi Goreng Cili Kering

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top