Assalamualaikum semua. Bulan puasa dah nak menjelma tak lama lagi. Korang dah simpan ke resepi biskut-biskut untuk dibuat dan dihidangkan pada hari raya nanti? Bukan apa, kalau dah ada resepi senang nak tengok dan buat nanti. Betul tak? Hehehe. Hari ni saya nak kongsikan resepi biskut red velvet yang sedap dan rangup untuk korang semua. Boleh la korang simpan resepi ni nanti yea. Hehe.
Biskut red velvet ni pernah viral di media social suatu ketika dahulu dan kini masih banyak permintaan untuk biskut red velvet ni. Biskut ini antara menu yang wajib dicuba oleh peminat red velvet. Untuk mendapatkan warna red velvet yang cantik, saya letak sedikit pewarna merah jambu supaya warnanya lebih terang. Kalau tak ada, boleh lebihkan sikit pewarna merah. Untuk mendapatkan biskut yang rangup, pastikan badam dibakar sehingga rangup. Boleh bakar badam lebih kurang 10-15 minit pada suhu 150c. Tepung beras juga adalah ejen untuk merangupkan biskut ni. Coklat chip pula boleh di tambah atau dikurangkan mengikut kesukaan masing-masing. Boleh juga letak kekacang yang lain jika suka.
Biskut red velvet ini perlu dibakar sehingga kekuningan atau rangup bergantung pada oven masing-masing. 1 adunan yang saya buat ni boleh dapat lebih kurang 60 biji biskut yang bersaiz kecil. Ada banyak resepi biskut yang pernah saya kongsikan sebelum ni seperti triple chocolate chip cookies, biskut semperit susu, biskut coklat berini nutella dan macam-macam lagi.
Kalau korang nak senang faham cara membuat biskut red velvet ni, korang boleh tengok video yang saya kongsikan kat atas ni. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan resepi terbaru dan tengok video menarik, mudah dan best kat situ dan jangan lupa follow dan like Facebook kami yea.
Bahan-bahan biskut red velvet:
- 125 gram @ 1/2 Cawan Mentega
- 15 gram @ 1 Sudu Besar Minyak Sapi
- 100 gram @ 1/2 Cawan Gula Kastor
- 1 Biji Kuning Telur
- 1/2 sudu kecil Esen Vanila
- 1/2 sudu kecil Pewarna Makanan Merah
- 1/4 sudu kecil Pewarna Makanan Merah Jambu
- 125 gram @ 1 Cawan Tepung Gandum
- 60 gram @ 1/2 Cawan Tepung Beras
- 1 Sudu besar @ 6 gram Serbuk Koko
- 40 gram @ 1/4 Cawan Almond Nib (Dibakar)
- 20 gram @ 1/8 Cawan Cip Coklat
- 20 gram @ 1/8 Cawan Cip Coklat Putih
Cara-cara untuk membuat biskut red velvet:
- Pukul mentega, minyak sapi dan gula hingga sebati.
- Masukkan telur, esen vanila, pewarna makanan merah dan pewarna makanan merah jambu. Pukul lagi hingga sebati.
- Ayakkan tepung gandum, tepung beras dan serbuk koko ke dalam adunan tadi. Gaul sebati kesemuanya hingga menjadi doh.
- Tambahkan almond nib, cip coklat dan cip coklat putih. Gaul lagi sehingga rata.
- Ambil sedikit adunan bentukkan bulat atau bentukkan mengikut kreativiti masing-masing dan hiaskan dengan cip coklat di atasnya.
- Bakar pada suhu 160ºC / 320ºF selama 25 minit atau sehingga masak mengikut oven masing-masing. Oven perlu dipanaskan terlebih dahulu selama 10 minit sebelum membakar biskut.
Nota:
- Boleh masukkan sedikit cuka ke dalam adunan untuk lebih rasa keaslian red velvet jika suka.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo