Assalamualaikum. Hai semua.. Resepi brownies kali ni saya buat lain sikit daripada resepi yang saya pernah buat sebelum ni. Antara resepi brownies yang pernah saya kongsikan sebelum ni adalah brownies kedut, brownies labu, brownies cheese dan banyak lagi. Namun, perbezaan untuk brownies ni ada rasa rangup atau crunchy di luar dan juga di dalamnya sebab ada tambahan granola bars dan crunchy muesli daripada Yogood. Bila makan brownies rangup ni ada rasa rangup di setiap gigitan dan membuatkan ianya bertambah sedap. Ini membuatkan rasa brownies ni lain dari yang lain. Hehehe.. Granola bars dan crunchy muesli ni bukan sahaja boleh dijadikan sebagai bahan dalam resepi kek, namun ianya juga sedap jika di makan begitu saja.
Untuk pengetahuan, Yogood ada pelbagai lagi produk lain seperti oat Yogood yang ada macam-macam bahan tambahan kat dalamnya seperti buah-buahan, kekacang, chia seed dan lain-lain. Yang lagi best Yogood ni juga ada Peanut Butter yang mempunyai 2 jenis pilihan iaitu Crunchy dan Smooth dan rasanya sangat sedap. Jadi pada sesiapa yang nak rasa keenakan produk Yogood ni boleh la dapatkan di pasaraya yang berdekatan. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Yogood kerana sudi menaja produk mereka dan sudi bekerjasama dengan team buat orang lapo.
Macam biasa untuk mendapatkan brownies yang sedap, sudah tentu la kena gunakan coklat compound yang sedap dan berkualiti. Coklat yang digunakan dalam brownies ni sangat mempengaruhi rasa dan teksturenya. Kalau suka lebih rasa coklat, gunakan dark chocolate. Kalau suka yang lebih manis, boleh gunakan milk chocolate sahaja. Bagi saya dark chocolate lebih sedap berbanding milk chocolate, namun ini terpulang pada selera dan citarasa masing-masing. Boleh juga kalau nak campurkan kedua-dua jenis coklat ni. Dalam resepi ni saya menggunakan mentega tanpa garam. Jika tiada boleh gantikan dengan mentega bergaram, namun skip saja penggunaan garam dalam resepi ni. Kalau tak, terlebih masin pulak brownies korang nanti. Heheh.. Mentega juga tidak kurang pentingnya dalam penghasilan dan rasa brownies ni. Jadi, pilih la mentega yang premium untuk rasa yang lebih sedap. Untuk mendapatkan brownies yang elok kejadiannya, pastikan korang tidak terlebih pukul adunan brownies. Suhu dan masa untuk memasak brownies juga perlu betul supaya brownies tidak terlebih masak kerana boleh menjadikan teksturnya seakan-akan seperti kek atau kering dan tidak chewy dan lembab.
Dalam resepi ini saya juga sediakan topping coklat yang sangat sedap. Untuk toppingnya saya hanya menggunakan coklat compound yang dicairkan dengan kaedah double boiler. Korang boleh tambah sedikit whipping cream, susu segar ataupun susu cair untuk mendapatkan coklat yang lebih cair jika suka. Dengan adanya tambahan chocolate & nuts crunchy muesli di dalam topping ni membuatkan brownies menjadi lebih crunchy. Pastikan coklat disejukkan pada suhu bilik terlebih dahulu sebelum masukkan crunchy muesli supaya ianya kekal rangup dan tidak menjadi lembut@lemau. So, korang wajib cuba resepi ni kerana saya yakin korang pasti belum pernah rasa crunchy brownies yang lain dari lain ni. Hehehe.. Apa tunggu lagi, jom kita lihat resepi penuh di bawah ni. Selamat mencuba!
Kalau nak tau macam mana cara nak buat crunchy brownies yang sedap ni, boleh tengok dulu video yang saya sediakan kat atas ni. Boleh tengok video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara membuatnya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami dan jangan ketinggalan untuk lihat lebih banyak latest resepi yang best dan mudah kat situ serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Untuk Brownies Rangup:
- 400 Gram Coklat Compound
- 150 Gram Mentega (Tanpa Garam)
- 4 Biji Telur (Gred A)
- 150 Gram Gula Perang
- 1 Sudu Kecil Esen Vanila
- 100 Gram Tepung Naik Sendiri
- 30 Gram Serbuk Koko
- 1/2 Sudu Kecil Garam
- Granola Bars Yogood
Bahan-Bahan Untuk Topping:
- 200 Gram Coklat Compound
- 1 Cawan Chocolate & Nuts Crunchy Muesli
Cara-Cara Untuk Membuat Brownies Rangup:
- Cairkan coklat dan mentega secara double boil sehingga coklat menjadi cair dan sebati. Angkat dan biarkan ianya sejuk pada suhu bilik.
- Sementara itu, pukul gula perang dan juga telur sehingga gula hancur dan sebati sahaja. Pukul dengan menggunakan whisk dan tak perlu pukul sehingga kembang.
- Kemudian, masukkan coklat yang telah dicairkan tadi dan kacau sehingga adunan sebati.
- Ayakkan tepung gandum, serbuk koko dan garam ke dalam adunan tadi. Kemudian, kaup balik semua bahan sehingga sebati.
- Sementara itu, boleh panaskan oven lebih kurang 10 minit pada suhu 180°C.
- Sediakan loyang bersaiz 8 inci. Sapu merjerin dan alaskan dengan baking paper.
- Tuang separuh adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan.
- Kemudian, susun beberapa keping Granola Bars Yogood di atas adunan tadi.
- Selepas itu, tuang semua lebihan baki adunan brownies tadi dan ratakan pada keseluruhan loyang.
- Bakar adunan pada suhu 180ºc selama 30 minit atau sehingga masak bergantung pada oven masing-masing
- Boleh tambahkan masa memasak jika brownies masih belum masak.
Cara-Cara Untuk Membuat Topping:
- Cairkan coklat secara double boil sehingga coklat menjadi cair.
- Angkat dan sejukkan coklat pada suhu bilik.
- Setelah coklat sejuk, campurkan dengan chocolate & nuts crunchy muesli dan gaul sehingga sebati.
- Letakkan di atas brownies yang telah masak dan telah sejuk tadi. Ratakan pada keseluruhan brownies.
- Biarkan coklat mengeras sedikit dan boleh la dipotong dan dihidangkan. Siap!
Tips:
- Brownies perlu betul-betul sejuk sebelum dipotong untuk mendapatkan potongan yang cantik.
- Jangan bakar brownies terlalu lama untuk mendapatkan brownies yang lembut dan lembab.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo