Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua. Hari-hari fikir menu nak masak apa, kadang-kadang buntu jugakkan? So, hari ni saya nak cuba salah satu resepi yang ada kat dalam buku Chef Wan yang saya beli hari tu. Best buku tu sebab ada banyak masakan Malaysia dan macam-macam resepi yang sedap dan bahan-bahannya mudah untuk didapati. Siapa je yang tak kenal dengan Chef Wankan? Saya pasti semua orang mengenali beliau. Chef Wan memang seorang Chef yang cukup hebat dan berbakat apabila memasak, malahan beliau juga cukup terkenal di Malaysia mahupun di luar negara. Bila tengok rancangan masakan yang beliau kendalikan memang seronok dan teruja, tambahan pula dengan celotehnya yang bersahaja dan kadang-kadang pandai juga berjenaka yang menghiburkan hati penonton! Hehehe.. Resepi yang saya pilih dalam buku Chef Wan tu dan saya nak cuba masak hari ni ialah ayam sos hitam manis. Sebelum ni saya juga pernah kongsikan beberapa resepi yang berasaskan ayam. Antaranya ialah resepi kari ayam tanpa santan mak mertua saya, ayam kapitan, masak lemak ayam yang mudah dan macam-macam lagi.
Resepinya nampak menarik sebab ada campuran kismis dan juga nanas kat dalam masakan tu. Saya gunakan nanas dalam tin. Boleh juga gunakan nanas fresh tapi pastikan nanas tu cukup masak dan manis. Kalau tidak masam pulak ayam korang nanti. Heheh.. Pada yang tak suka ayam, boleh gantikan dengan daging. Tapi pastikan daging direbus sehingga empuk dahulu baru la sedap nak makan nanti. Dalam buku Chef Wan tu sukatan bahan-bahannya agak banyak. So, saya adjust sukatannya sendiri sebab nak masak sikit je. Kalau korang nak masak banyak boleh gandakan saja bahan-bahannya. Macam biasa, garam, gula, asam semua tu boleh adjust ikut selera masing-masing. Yang penting kena seimbangkan rasanya baru la sedap masakan korang nanti. Tak kira la masak apa pun. Hehe. Ayam sos hitam manis ni memang tidak berkuah dan agak kering. Rasanya memang sedap dan lain dari masakan biasa yang saya pernah masak sebelum ni. Suami dan anak-anak saya pun suka makan ayam ni. So, kalau korang nak cuba sesuatu yang baru, dan rasa lain dari yang lain boleh la cuba resepi ayam masak sos hitam manis ni. Selamat mencuba!
Kat atas ni saya ada sediakan video tutorial cara untuk memasak ayam sos hitam manis ni. Korang boleh tengok dulu video kami supaya lebih senang dan mudah faham cara penyediaannya dan jangan lupa subscribe YouTube Channel kami untuk lihat lebih banyak resepi terbaru yang mudah untuk dicuba di situ, serta jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.
Bahan-Bahan Ayam Sos Hitam Manis:
Bahan Untuk Ayam:
- 6 Ketul Ayam
- Serbuk Kunyit
- Garam
Bahan-Bahan Lain:
- 1 Biji Bawang Besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 1/2 Inci Lengkuas
- 1/2 Inci Halia
- 7-8 Tangkai Cili Kering
- Air Secukupnya
- 2 Sudu Besar Kismis
- 1 Sudu Besar Kicap Pekat
- 2 Sudu Besar Air Asam Jawa
- 1 Sudu Besar Gula
- 2 Helai Daun Pandan
- Garam Secukupnya
- 1/4 Cawan Nenas
Cara-Cara Untuk Membuat Ayam Sos Hitam Manis:
- Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam. Perap seketika lebih kurang 30 minit.
- Sementara itu kisar bawang besar, bawang putih, lengkuas, halia dan cili kering. Kisar dengan sedikit air sehingga halus. Ketepikan dahulu.
- Goreng ayam yang diperap tadi di dalam minyak yang panas. Goreng separuh masak sahaja, tak perlu goreng terlalu garing untuk mengelakkan ayam jadi keras bila dimasak. Angkat dan ketepikan dahulu.
- Tumis bahan kisar tadi bersama dengan kismis sehingga garing dan menjadi sedikit gelap.
- Masukkan kicap pekat, air asam jawa, gula serta daun pandan. Kacau hingga sebati.
- Tambahkan sedikit garam jika perlu kerana kicap tadi dah masin. Rasa dahulu semuanya biar secukup rasa.
- Akhir sekali, masukkan ayam dan nanas. Kacau semuanya sehingga sebati. Siap! Okay dah boleh makan.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.
Join telegram kami
Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo