Bingka Roti Lembut, Lemak Manis

Assalamualaikum dan hi semua. Pada perkongsian kali ini, saya nak share satu lagi resepi mudah iaitu bingka roti atau ada juga yang panggil bengkang roti. Kisahnya setiap kali beli roti, susah betul nak habiskan satu bungkus tu sampai dah nak expired pon masih tak habis lagi. Hehe. Korang pon mesti pernah juga mengalami situasi macam ni kan?.. Jadi untuk mengelakkan pembaziran atau roti terbuang begitu saja, korang boleh la buat bingka roti macam saya buat ni. Senang sangat cara penyediaan bingka roti ini, tak sampai setengah jam dah siap buat. Orang yang pertama kali buat pon confirm pandai dan jadi buat bingka roti ni. Bingka roti ni enak dimakan pada waktu petang bersama secawan teh atau kopi panas. Selamat mencuba!

Tapi sebelum korang cuba buat bingka roti ni apa kata korang layan dulu video yang saya kongsikan kat atas ni supaya senang faham cara penyediaan dan membuatnya. Sambil tu jom subscribe YouTube Channel Buat Orang Lapo untuk mendapatkan latest resepi dan boleh tengok video menarik, senang dan best kat situ dan jangan lupa untuk follow dan like Facebook kami okay.

Bahan-bahan bingka roti:

  • 5@6 keping Roti
  • 1 cawan tepung (250gm) tepung gandum
  • 200ml Santan
  • 300ml Air
  • 1 cawan (250ml) Susu Penuh Krim
  • 3/4 (150gm) Cawan gula
  • 2 Biji Telur
  • 1 Sudu kecil Esen Vanila
  • Sedikit Garam

Cara-cara untuk membuat bingka roti:

  1. Bancuhkan santan dengan air sehingga jumlahnya menjadi 2 cawan atau 500ml. Kacau sehingga sebati dan ketepikan dahulu.
  2. Ambil roti 5 keping dan potong kecil-kecil dan masukkan ke dalam mangkuk. Masukkan santan yang telah dibancuh tadi.
  3. Rendam dan biarkan sehingga roti kembang lebih kurang dalam 10 minit. Ketepikan dahulu.
  4. Sementara itu, dalam mangkuk yang lain, masukkan telur, esen vanila, gula, garam, susu penuh krim dan kacaukan sehingga semua adunan sebati.
  5. Kemudian, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil kacau sehingga adunan sebati.
  6. Bila semua adunan dah sebati, boleh masukkan ke dalam adunan roti yang telah direndam tadi dan kacau dengan sudu sehingga sebati.
  7. Sediakan acuan yang sesuai dan sapukan dengan sedikit mentega atau marjerin supaya lebih mudah untuk keluarkan bingka selepas dibakar. Kemudian lapikkan dengan baking paper.
  8. Masukkan kesemua adunan tadi kedalam acuan tadi dan boleh la dibakar.
  9. Sebelum tu, boleh panaskan oven terlebih dahulu dan bakar 180ºc selama 30 minit atau sehingga masak. Untuk mendapatkan bingka yang garing di atasnya, boleh tambah masa membakar 5-10 minit menggunakan api atas sahaja.
  10. Siap dan sedia untuk dimakan. Boleh potong bila bingka telah sejuk sepenuhnya supaya potongan bingka lebih cantik dan kemas.

Nak resepi lagi?

Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.

Join telegram kami

Join channel telegram kami untuk mendapatkan notifikasi video dan juga blog yg terbaru. Klik link ini https://t.me/buatoranglapo

Join Telegram@buatoranglapo
Scroll to Top