Assalamualaikum. Menu hari ni ringkas je saya buat iaitu asam pedas ikan pari. Saya pernah kongsikan resepi asam pedas ikan kembung sebelum ni dengan menggunakan serbuk kari sebagai perisa tambahan istimewa kepada asam pedas tu. Boleh tengok resepi disini. Kali ni saya buat asam pedas menggunakan ikan pari pulak. Rasanya ramai peminat asam pedas ikan pari ni. Jadi saya kongsikan resepi saya kat sini. Kebetulan pulak pergi ke pasaraya minggu lepas terjumpa bunga kantan yang agak murah harganya. Terus terfikir nak buat asam pedas. Rasa bunga kantan dalam asam pedas memang sedap. Tapi kalau tak ada bunga kantan, cukup sekadar menggunakan daun kesum atau pun boleh gantikan daun kesum dengan daun kari.
Kat bawah ni saya kongsikan video resepi asam pedas ikan pari. Selamat menonton!! ??
Bahan-bahan Asam pedas ikan pari:
- Ikan pari
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- 4 batang daun kesum
- 1 kuntum bunga kantan
- Air asam jawa
- 2 cawan air
- 5-6 batang bendi
- Garam
- Serbuk perasa (jika suka)
Bahan kisar:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Cili kering (direbus)
Cara-cara:
- Panaskan minyak. Ambil 6-7 sudu besar bahan yang telah di kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak dan sedikit garing.
- Setelah garing, masukkan air asam jawa, garam dan serbuk kunyit serta serbuk perasa.
- Kemudian masukkan ikan. Tunggu sehingga ikan sedikit lembut.
- Masukkan bunga kantan, daun kesum dan air. Tunggu sehingga air menggelegak.
- Akhir sekali masukkan bendi.
- Bila bendi dah lembut, tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Nota:
- Kalau nak kuah yang pekat, boleh lebihkan bahan kisar.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.