Assalamualaikum.. Hi semua.. Entry kali ni saya kongsikan pula menu favourite anak-anak saya iaitu fettuccine carbonara prego simple. Resepi ni memang sangat simple dan cepat untuk dimasak sebab saya menggunakan sos carbonara prego. Hehe. Cuma saya tambah sedikit bahan lain untuk jadikan carbonara ni lebih sedap dan menyelerakan. Actually, carbonara ni jadi favourite anak-anak sebab rasa yang berlemak dan yang penting tak ada rasa pedas. Tapi untuk mak ayah makan, boleh juga taburkan chili flakes masa nak makan atau tambahkan serbuk cili ke dalam sos carbonara ni. Maklumlah perut orang Malaysia ni mana boleh lari daripada makanan pedaskan.. Hehe.
Selain daripada fettuccine, boleh juga guna pasta yang lain untuk dimakan bersama sos carbonara ni. Dalam video kat bawah ni, saya sediakan sos carbonara menggunakan udang dan chicken slice sebagai lauk serta cendawan tiram sebagai sayuran. Boleh letak apa saja bahan yang lain mengikut kesukaan masing-masing. Boleh tengok video kat bawah ni untuk lebih senang faham cara-cara nak buat fettuccine carbonara simple ni. Kalau dah pandai buat nanti boleh la buat untuk makan sendiri atau untuk anak-anak yang gemarkan carbonara ni. Sebab rasanya makanan western macam ni kalau order di kedai-kedai harganya agak mahal jugak. Satu pinggan mungkin mencecah belasan ringgit atau lebih lagi. Jadi elokla kalau kita belajar masak sendiri. Dengan kos yang lebih murah, kita boleh makan dengan lebih banyak. Hehe..
Jom layan dulu video yang best dan sangat menyelerakan kat bawah ni sebelum mula memasak tu..
Bahan-Bahan Fettuccine Carbonara Simple (Prego):
- 150 gm fettuccine
- 3 ulas bawang putih (cincang halus)
- 1/4 biji bawang holland @ bawang besar (cincang halus)
- Udang
- Kepingan ayam
- 300 gm sos carbonara (Prego)
- Air
- Cendawan
- 2 keping keju cheddar
- Serbuk oregano
- Garam
- Minyak
Cara-cara:
- Rebuskan fettuccine bersama sedikit garam dan minyak sehingga lembut. Tos dan ketepikan.
- Panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga naik bau.
- Masukkan udang dan kepingan ayam. Kacau sebentar.
- Masukkan sos carbonara. Tambah air secukupnya.
- Perasakan dengan sedikit garam dan serbuk oregano. Kacau sebentar.
- Masukkan cendawan. Kacau lagi.
- Tambahkan keju. Kacau sehingga kuah menjadi pekat.
- Tuang kuah ke atas fettuccine yang telah direbus tadi.
Nota:
- Boleh tambah atau kurangkan bahan mengikut citarasa masing-masing.
- Serbuk oregano boleh digantikan dengan mixed herb.
- Hiaskan dengan daun parsley dan keju parmesan jika suka.
- Boleh juga tambah cili flakes untuk rasa pedas.
Nak resepi lagi?
Tengok senarai video resepi dibawah ini. Kami akan tambah koleksi video resepi yang menarik dari semasa ke semasa. Follow blog dan subscribe channel youtube kami untuk dapatkan resepi yang terkini.